Monday 5 March 2018

Skizofrenia


APAKAH SKIZOFRENIA

Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia hanya kerap digunakan oleh para doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila” , “orang sakit mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia. Namun penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang disalah- ertikan kerana penyakit mental sebenarnya ada bermacam jenis dan tidak semuanya adalah skizofrenia.


SIMPTOM SKIZOFRENIA

Tanda-tanda atau simptom penyakit skizofrenia adalah banyak dan kompleks. Tanda-tanda penyakit ini boleh dibahagikan kepada beberapa tanda penting :

TANDA TANDA POSITIF

PSIKOSIS
Psikosis adalah simptom penting skizofrenia. Pesakit yang mendapat psikosis boleh mengalami delusi (delusion) atau halusinasi (hallucination).



DELUSI
 kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat kukuh oleh pesakit walaupun di pertikaikan atau diragui oleh orang lain. Kepercayaan karut ini tidak sejajar dengan budaya, agama, masyarakat , keadaan sosial sekeliling dan ilmu pengetahuan yang ada pada pesakit.


Terdapat banyak jenis delusi. Contohnya:

Delusi paranoid (paranoid or persecutory delusion)
Mempercayai bahawa terdapat orang lain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya , mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut.
Contohnya : percaya bahawa orang gaji telah memasukkan racun ke dalam makanan atau percaya bahawa majikan dan orang atas memasang perangkap untuk menjatuhkan maruah pesakit dan mengancam kedudukan jawatan pesakit .

Delusi kawalan ( delusion of control)
 Mempercayai bahawa perbuatan , kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak diri sendiri.
Contohnya : tangan pesakit menumbuk seseorang kerana di paksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri, merasai makhluk telah masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak.




Delusi pelik (bizarre delusion)
 Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang pelik.
Contohnya: percaya bahawa malaikat telah datang menyerang bumi dan syaitan akan datang menyerang pula bumi setelah kematian jin.




Delusi grandiose (grandiose delusion)
Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini.
Contohnya : percaya bahawa dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini, percaya bahawa dirinya boleh berkomunikasi dengan tuhan, percaya bahawa dirinya boleh mencipta kenderaan untuk sampai ke bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa dirinya raja memerintah dan banyak lagi.


Delusi nihilistik (nihilistic delusion)
Mempercayai bahawa diri sendiri atau sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa dunia sudah tidak wujud lagi.
Contohnya percaya bahawa darah tidak mengalir lagi dalam tubuhnya.




Delusi merujuk (delusion of reference)
Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling bercakap mengenai dirinya.
Contonya : percaya bahawa jiran bersembang mengenai dirinya, percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.




Terdapat banyak lagi contoh –contoh delusi dan perlu diingat, kepercayaan yang ada pada pesakit itu hanyalah kepercayaan karut yang tidak sebenarnya berlaku tetapi kepercayaan ini sangat kukuh dipercayai oleh pesakit walaupun beliau cuba di cabar.


HALUSINASI



berlaku apabila tiada stimulus dikesan oleh organ deria tetapi otak menginterpretasi sehinggakan stimulus dirasa seperti wujud oleh pesakit. Contohnya :

Halusinasi pendengaran (auditory hallucination)
pesakit mendengar suara-suara atau bunyi walaupun orang lain tidak dapat mendengar.

Second person auditory hallucination
 berlaku apabila pesakit mendengar suara ghaib yang bercakap dengan mereka dan biasanya menyuruh pesakit melkukan sesuatu. Contohnya; pesakit dengar “ awak bunuh sahaja budak itu kerana ia dajal’, “awak bodoh”.

Third person auditory hallucination
berlaku apabila pesakit mendengar banyak suara yang bersembang di antara mereka mengenai pesakit.
Contohnya : pesakit dengar jin bercakap dengan hantu “ dia itu (pesakit) memang tidak berguna langsung”.

Running commentary
 berlaku apabila pesakit mendengar suara yang terus mengkritik setiap perbuatannya
contohnya: “ dia sedang makan , dia bangun dari  kerusi , terus lari”



Thought echo
 berlaku apabila pesakit mendengar otaknya sendiri bercakap dengan kuat apabila berfikir.




Halusinasi penglihatan ( visual hallucination )
 berlaku apabila pesakit dapat melihat sesuatu dengan jelas tanpa dapat dilihat oleh orang lain, contohnya : pesakit dapat melihat malaikat datang menghampiri mereka.
 Ini perlu dibezakan dengan illusi di mana stimulus telah dikesan oleh pesakit tetapi diinterpretasi secara salah oleh otak, contohnya; pesakit melihat ular berlingkar tetapi sebenarnya adalah ikatan tali.



halusinasi somatik atau halusinasi taktil
di mana pesakit merasa seperti terdapat sesuatu bergerak atau merasa kesakitan pada badan.




 halusinasi bau
di mana pesakit dapat menghidu sesuatu tanpa orang lain 
dapat menghidunya dan halusinasi rasa.




DISORGANISED SPEECH

Kebanyakan pesakit skizofrenia boleh bertutur secara normal dan menjawab soalan dengan baik. Mereka juga boleh menjawab soalan tetapi jawapan yang diberi tidak berkaitan (irrelevant) dengan soalan walaupun bahasa yang disampaikan difahami.


Mereka juga boleh menjawab soalan tetapi tidak sepatah pun bahasa yang difahami (incoherent). Di bawah diberi contoh perbualan pesakit dengan doctor untuk menggambarkan psikopatologi yang dinyatakan:

irrelevant speech
Doktor: Siapa yang beri kamu duit?
Pesakit: Ke mana-mana saya nak pergi tidak siapa peduli saya. 

incoherent speech
Doktor: Siapa beri kamu duit?
Pesakit: Bambu telinga kejar apa lagi 

Pesakit juga boleh dilihat oleh orang lain bercakap seorang diri kerana mereka respons terhadap halusinasi suara ghaib yang didengar.

mute
Terdapat juga sesetengah pesakit yang tidak langsung mahu bercakap sepatah jawapan pun 

poverty of speech
atau bercakap sepatah dua sahaja 

pressure of speech
banyak bercakap 

echo lalia
Ada pesakit yang mengikut sahaja 
apa-apa sahaja yang ditanya kepada mereka



 Sesetengah pesakit menjawab soalan dengan baik 
dan terdapat juga yang menjerit-jerit 
dan meninggikan suara semasa menjawab soalan.

DISORGANIZED MOVEMENT

Di antara tingkahlaku pelik yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia adalah:

Mannerism
Perbuatan pelik yang dilakukan oleh pesakit
 seolah-olah mempunyai satu tujuan.
Contohnya : menepuk-nepuk tangan, bersalaman secara tiba-tiba

Streotype
Perbuatan pelik berulangan yang dilakukan oleh pesakit tanpa tujuan
Contohnya : menggoyang-goyangkan tangan tanpa tujuan , 
melambai - lambai dll.

CATATONIC

Catatonic rigidity
mengeraskan badan dengan sengaja dan tidak membenarkan orang lain menggerakkan badan.

 catatonic stupor
pergerakan badan yang terlalu perlahan seolah-olah tidak berinteraksi dengan rangsangan luar.

 catatonic posture
postur badan yang pelik dan pesakit dapat bertahan dengan lama dalam postur tersebut.

 waxy flexibilty
postur badan pesakit yang dapat dibentuk oleh orang lain dan pesakit bertahan dengan postur itu dalam jangkamasa yang lama.

Psychomotor Agitation
 terlalu banyak pergerakan kerana keresahan jiwa dan pergerakan tidak produktif tanpa tujuan.

Echopraxia
mengikut perbuatan orang lain

SIMPTOM NEGATIF

Mereka yang mempunyai tanda ini bersikap malas,tidak mahu bercakap, tiada motivasi, tidak mahu bergerak atau membuat kerja dan seolah-olah tidak mempunyai perasaan :

Alogia and poverty of speech
bercakap dengan sedikit , pertuturan tidak mempunyai isi dan perkara penting , dan mengambil masa yang lama menyambung perkataan dan ayat yang dipertuturkan seolah-olah pertuturan terhalang.




Flattening or blunting of affect
 Terlalu kurang ekspressi muka. Mereka tidak senyum ketika gembira atau mengerutkan dahi ketika sedih. Mereka tiada hubungan emosi dengan orang yang bercakap dengannya, seolah-olah anda bercakap dengan robot.



Avolition and anhedonia
Hilang minat dan tenaga untuk melakukan perkara yang biasa mereka lakukan.



GANGGUAN EMOSI

Pesakit skizofrenia juga boleh mendapat kemurungan  dan episod mania ( bipolar disorder),
Maka sejarah penyakit perlulah tepat untuk mendapat diagnosis yang tepat kerana rawatan yang tepat perlu diberikan.
Emosi pesakit skizofrenia juga boleh bercelaru dan tidak sejajar dengan apa yang mereka fikirkan
 ( the affect is not congruent to the thought) .
 Contohnya : Fikiran pesakit penuh dengan kesedihan tetapi beliau menyanyi kegembiraan.
Kadar bunuh diri pesakit skizofrenia adalah tinggi (10%).
Ia boleh berlaku kerana mereka mempunyai kemurungan melampau dan psikosis yang menyuruh mereka membunuh diri.

GANGGUAN KOGNITIF

Pesakit skizofrenia boleh mendapat gangguan kognitif yang menyebabkan mereka mempunyai IQ yang lebih rendah. Mereka tidak dapat membuat keputusan dengan baik, kurang penumpuan danmemori yang kurang baik

GANGGUAN LAIN

Pesakit skizofrenia dikaitkan juga dengan tingkah laku agresif. Tetapi perlu diingat pesakit skizofrenia bukanlah lebih merbahaya daripada orang normal. Kadar jenayah keganasan dilakukan oleh mereka yang mengidap ketagihan alkoho atau dadah, masalah personaliti dan mereka yang tidak mempunyai sakit mental berbanding kadar jenayah yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia.






Nanti bebila Cikyan sambung part lain pulak tau !

Sesiapa yang nak tengok gambaran jelas pasal penyakit ni,
boleh tengok movie A BEAUTIFUL MIND.
Cerita ni best !



15 comments:

  1. Wahhhh banyak yang Najihah tak tahu tentang penyakit ini

    ReplyDelete
  2. Wuishh! Bahaya ni cikyan! T^T harap2 mental kita semua sihat2 belaka lah ya! ^^ thank you for the knowledge!!! <3

    ReplyDelete
  3. thank you cikyan sbb bg contoh.. sbb klu xdk contoh mmg tak paham apa yg dimaksudkan....
    skrg ni ramai sngt mental..so maybe kita pon ada salah satu jenis dlm diri kita yg kita sniri taktau

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing...

    on other note:
    dulu suka baca blog Hilal Asyraf..ada jg beli novel dia..

    ReplyDelete
  5. mcm pia dlm cerita pukul 7 tv3.. hehe

    ReplyDelete
  6. ilmiah sungguh artikel ini..

    memang bagus untuk dibaca untuk menambah ilmu pengetahuan

    ReplyDelete
  7. Terbaik Cik Yan kaji pasal penyakit ni. Macam pernah tengok filem yang tema camni. Rasa filem Syamsul Yusof. Apa entah tajuknya? Lupa. Hihi

    ReplyDelete
  8. takutnya kalau ada sakit ni :(

    ReplyDelete
  9. Dulu masa kat u kena present tajuk ni la untuk english, nasib baik lulus..lega lepas settle tu

    ReplyDelete
  10. thank you for sharing this sys. semoga kita semua sihat-sihat. takut pulak baca. huhuu

    ReplyDelete
  11. Keakadang rasa macam Zumal pun sejenis manusia skizofrenia...

    ReplyDelete
  12. bagus perkongsian ni, biasa nya mesti kita merujuk istilah penyakit mental sedangkan banyak lagi cabang2 penyakit macam ni...

    ReplyDelete
  13. wow thanks for sharing this! Rasa macam nak pergi jumpa pakar pulak check mental health

    ReplyDelete
  14. nice sharing CikYan.. first time dngar Skizofrenia ni..huhu risau pula,

    ReplyDelete
  15. sy mula kenal penyakit ni menerusi filem a beautiful mind

    ReplyDelete