Thursday 1 March 2018

Izinkan Aku (Bab 6)


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

"Mana la budak Izzah ni, selalu lambat. Geramnya aku, dalam kelas pun susah nak nampak batang hidung. Habis je kelas, kau terus keluar. Kau kemana la agaknya. AKu dah whatsapp tadi suruh datang sini tadi. Kenapa lambat sangat ni." Omelku sendirian.

Aku sebenarnya merancang mahu belanja Izzah makan tengahari kerana ada sesuatu yang dia lakukan, dan membuat aku merasa terharu. Semuanya kisah malam tadi. Seperti kebiasaannya, memang pada waktu ini, aku dan Izzah akan makan tengahari bersama di kantin kolej. Tetapi hari ini, aku masih belum melihat kelibatnya. Aku yang sedari tadi hanya merenung makanan yang aku pesan, mula menyuapkan nasi ke mulutku. Sebenarnya aku sudah terlalu lapar untuk menunggu Izzah disini.  Aroma ayam masak lemak cili padi di hadapan mataku ini, membuka seleraku. Inilah untungnya makan di kantin kolej, harga untuk sepinggan nasi dan lauk yang menyelerakan ini adalah sangat berpatutan bagiku. Nasi beserta lauk ayam, juga ulam ulaman dan segelas air oren, adalah berharga lima ringgit lima puluh sen. Aku yang suatu ketika dulu pernah bekerja part time di Kuala Lumpur, membuat perbandingan harga. 

“Boleh tak kau jangan kacau dia? Kau tahu tak kau dah ganggu hubungan kami? Kau tahu tak, kau dah hancurkan semuanya? ” jerit Ruhaila ke arahku. Kedatangannya yang secara tiba tiba, menggangu konsentrasiku pada makanan di hadapanku. Beberapa orang pelajar yang duduk berdekatan mejaku, mula memandang ke arah kami. Dan seorang aku, yang agak terkejut apabila terdengar jeritannya sebentar tadi terlepas cawan air oren yang kuminum. Baju uniformku habis basah terkena air oren yang tumpah itu. Mukaku merona merah menahan maalu dan marah.

“Apa masalah akak sebenarnya ni? Masa bila pulak saya kacau dia?” tanyaku kembali. Aku yang mengerti apa yang dimaksudkan hanya menggelarkan Syamil sebagai "dia". Suaraku sedikit meninggi. Aku yang masih tidak puas hati cuba bangun dari kerusi lalu menatap muka Ruhaila yang dari tadi berdiri menghadapku. Ditangannya menggenggam telefon bimbit jenis Samsung. Diramasnya telefon itu seperti sedang menahan sebuah dendam yang amat sangat.

“Aku dapat tahu dia bagi kau hadiah, betul ke?” Tanya Ruhaila kepadaku.

“Hahhhh, hadiah? Masa bila….? Errrr…....” Tanyaku dan seterusnya pertanyaanku terhenti disitu. Tiba tiba aku teringat akan hadiah misteri yang baru aku terima petang semalam, sehari selepas aku dan Izzah ke Pasar Siti Khadijah. Ya, itulah hadiah yang di dalamnya terdapat sehelai tudung berwarna hijau yang aku lihat semasa di pasar itu. Dan kini ada seseorang menghadiahkannya kepadaku. Dan aku sangkakan, Izzah yang memberinya.  

“Hadiah tu kawan sebilik saya yang beri. Dan apa kena mengena dengan Syamil ni?” aku menyambung jawapanku. Sebenarnya aku keliru. Aku sengaja mereka reka cerita yang sebetulnya, aku juga tidak tahu hujung pangkalnya. Sungguh aku keliru.

‘ Kawan kau beri? Kelakar laaa…Kau tengok ni…Budak ni sendiri yang mengaku yang Syamil suruh bagi hadiah ni pada kau. Kau buat apa kat dia sampai dia jadi macam tu? ” katanya sambil menunjukkan screenshot whatsapp di telefon bimbitnya. Mukanya mencebik, seolah oleh sedang memperlekeh diriku.

“ Errr, macam mana akak tahu?” tanyaku ringkas. Aku yang terkejut dengan apa yang ditunjukkan cuba mengawal perasaanku.

“Masa kat Pasar Siti Khadijah tu, memang Syamil pun ada masa tu. Dia juga keluar masa tu. Masa kat sana, aku nampak dia beli sesuatu. Jadi aku biarkan. Mungkin untuk kepeluan dia. Aku berbaik sangka. Cumanya lepas balik tu, aku dapat tahu dia berikan sebuah bungkusan pada adik junior.  Aku jadi pelik. Dan bila aku siasat, aku dapat tahu, dia berikan bungkusan tu pada kau. Sekarang ni aku nak tanya kau secara berdepan, apa hubungan kau dengan dia?” Terang Ruhaila kepadaku dengan panjang lebar.  Aku yang mendengar tenmtang kenyataan itu kehilangan kata kata.

Hadiah misteri itu, diletakkan di atas meja belajarku malam tadi. Aku yang baru keluar dari bilik air ketika itu, hanya tersenyum kerana menyangkakan  hadiah itu daripada Izzah. Niat hendak bertanya lebih dan mengucapkan terima kasih pada Izzah terhenti apabila melihat Izzah sudah lena di katilnya. Dan apabila memandangkan nota yang ditinggalkan, hatiku kuat menyatakan bahawa Izzahlah yang menghadiahkannya kepadaku. Kononnya ingin bertanya pada Izzah apabila bangun tidur, namun aku terlewat bangun pula. Izzah juga sudah tidak kelihatan.

“Kenapa kau senyap? Kau dah tak ada suara ke?” Bentak Ruhaila mematikan lamunanku.

“ Saya rasa ada salah faham ni kak, saya tak pernah ada apa apa hubungan dengan Syamil. Bercakap dengan dia pun tidak pernah, apa lagi mahu menjalinkan hubungan.” Terangku ringkas.

“Betul?” tanyanya meminta kepastian. Keningnya diangkat sedikit.

“ Ya kak, saya pasti dengan jawapan saya. Tiada faedah pun saya dapat kalau saya menipu.” jawabku ringkas.

“ Okey aku terima jawapan kau. Tapi kalau aku tahu ada apa apa, siap kau aku kerjakan.”  Katanya memberi amaran. Dia memusingkan badan lalu berjalan cepat kearah luar kolej. Aku memandangnya dengan pandangan yang kosong sehingga kelibatnya hilang di pandanganku. Uniformku yang masih basah ini, aku basuh dengan air dan sabun di sinki kantin itu.

“ Kau kenapa Zu? Baju kau kenapa?” Tanya Izzah yang tiba tiba muncul entah dari mana. Senyuman sumbing  di bibirnya terukir apabila aku memandangnya.

“ Haaa kau pun satu, aku tunggu kau dari tadi, kau pergi mana? Busy mengalahkan perdana menteri.” Omelku geram. Aku mendengus sebelum merenanung tajam ke arahnya. Suaraku yang sedikit meninggi menarik perhatian Izzah. Aku yang sedari tadi mencuci bahagian yang kotor, menuju ke meja makan semula setelah berasa yakin kotoran di uniformku sudah hilang. Izzah menegekoriku dari belakang.

“ Kau ni kenapa? Apasal angin tak ada, ribut tak ada, aku kena marah beria sangat ni?” kata Izzah.

“ Tak ada apalah.” Jawabku malas mahu memanjangkan cerita. Aku tahu, jika aku bercerita lebih lanjut, ia akan menjadi masalah buat diriku. Izzah juga akan mengajukan lebih banyak soalan lagi kepadaku.

“Mana boleh tak ada apa. Mesti ada apa apa. Oh ya, aku nak tanya, kau dah buka ke bungkusan warna ungu semalam tu? Aku ada letak atas meja kau. Siapa yang beri tu? Boyfriend kau kah?”  Tanya Izzah seumpama seorang polis. Berjela jela soalannya. Berminat benar ingin tahu siapakah gerangan orang yang memberikan bungkusan itu kepadaku.

“ Belum buka lagi, tak sempat nak buka tadi. Aku kan lewat tadi.” aku berbohong. Sahaja tidak mahu Izzah memanjangkan cerita.

“Semalam masa kau mandi, Mira yang berikan bungkusan tu kat aku. Dia kata ada someone yang beri kat kau. Tu aku letak atas meja kau.” Jelasnya ringkas.
“ Mira cakap apa lagi?” tanyaku cuba merisik cerita.

“Tak ada apa, macam tu jelah..” kata Izzah. Aku yang mendengar jawapan Izzah hampa. Nampaknya aku terpaksa menyiasat sendiri tentang hal ini. Memikirkan kata kata Ruhaila sebentar tadi, aku jadi tertanya sendiri. Jika betul Syamil yang beri, apakah motifnya? Hmmm, semakin difikir, semakin serabut fikiranku.

“Buat gadis yang cantik manis, awak cantik apabila berhijab “

Mengingatkan ayat itu, aku jadi tersenyum sendiri. Itulah nota yang dilekatkan bersama bungkusan berwarna ungu tersebut. Hadiah yang pada mulanya kukira adalah pemberian Izzah, rupanya adalah pemberian dari orang yang tidak aku duga. Syamil, lelaki itu. Seorang lelaki yang dalam diam telah berjaya mencuri hatiku. Ya, hati seorang perempuan jadian sepertiku. Hati yang dahulunya seolah beku, mulai cair sedikit demi sedikit setelah mengenali lelaki bernama Syamil.

“ Eh kau, tadi beria sangat marah aku, ni senyum sorang sorang pulak. Kau dah kena sampuk ke ni?” Perli Izzah sambil menggoncangkan bahuku, cuba menghentikan lamunanku. Aku yang baru kembali ke alam nyata hanya mampu menghadiahkan senyuman. Rasanya masih belum sampai masanya untuk aku bercerita lebih lanjut tentang ini kepada Izzah. Aku perlu dapatkan kepastian dulu sebelum mula bercerita. Dan yang pastinya, aku perlu tahu kebenarannya. Adakah dia orang yang sama dengan orang yang selalu mengirimkan nota rahsia kepadaku. Ya, aku perlu tahu.

“Syamil, ini kau punya pasal. Tak pasal pasal aku yang kena sembur dengan nenek lampir tu !” jeritku di dalam hati. Ada misi yang perlu aku selesaikan. Aku perlu berdepan dengan Syamil. Selagi aku tak tahu perkara sebenar, selagi itulah hatiku berasa tidak tenteram. 

"Tetapi,benarkah Syamil juga menyukaiku?" soalku sendirian sebelum menyambung melayan perasaan. Hatiku berbunga riang apabila memikirkan itu. Izzah yang sedari tadi menunggu jawapan dariku, terkulat kulat disitu apabila melihat aku tersenyum lagi dan lagi. Maafkan aku Izzah, belum masanya lagi. Aku menyambung suapan yang tergendala sebentar tadi.




11 comments:

  1. Huahaha! kan dah agak dah! dak syamil tu yg bagi hadiah kat Zu hehe ^^ nice chapter! keep going tau! :3

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nak tunggu bab seterusnya. Best novel ni. Apa Zu nak buat yer???

    ReplyDelete
  3. alamak.. mohon buat tag boleh tak?so senang nk track novel ni....

    ReplyDelete
  4. terbaek.. boleh cetak & jual cerita ni.. mana tau ada rezeki jd drama tv3 pkl 7..

    ReplyDelete
  5. bagitauuuuuuuuuuuuuuuuuu la izzah syamil wehhh. jangan simpan sorok sorok! eish puk karang. hahahaa. nak sambungan lagiiiii

    ReplyDelete
  6. dah agak dah syamil orangnya. Tak sabar nak tunggu diorang start cakap tapi kesian la kena buli dengan ruhaila

    ReplyDelete
  7. Aish..tak payahla minat kat Syamil tu. Tak gentleman la pass hadiah kat orang camtu. Sabar oke. Tunggu yang lain..

    ReplyDelete
  8. Alamak, nampaknya CF kena baca dari bab 1 ni.
    Teruskan menulis ya :)

    ReplyDelete
  9. kipidadd cik yann. Tabiklaa. Buat movie laa boleh layann drama nii

    ReplyDelete
  10. nanti buat dlm bentuk e-book atau pfd n jual on9 ok?

    ReplyDelete
  11. Wah bestnya cerita ni semakin menarik

    ReplyDelete