Wednesday 28 February 2018

Blogger Ohsem FEB 18

Assalamualaikum.

Apa khabar?
 Tadi ada baca pasal top commentator.
So Cikyan pun nak buat jugak laa..
Nak buat jugeks la entry pasal top commentator ni..
Boleh la menghargai jasa mereka yang selalu datang blog kita kan.

Depa tu ohsem gila, 
sebab tu depa datang blog kita.
Kau ingat senang ka nak curi masa pi blog orang.
Kena ada masa, baru boleh nak komen bagai.
Yedokkk?
Jom le kekawan kita usya sape laaaa
yang ohsem sangat ni ☺☺


Ni la muka si cantik manis 
yang rajin datang bertandang kat blog 
seketui Cikyan ini.

1. KakSha
2. Hana
3. Anies
4. Ika
5. Azah

Korang pegi la usya blog depa,
nanti confirm depa pi boom blog korang pulak.
Cikyan dah kena dah..HAHA ☺☺☺

Oh yaa...
Cikyan nak bagi saguhati kepada sang juara tu dulu.
KakSha, nanti Cikyan pos hadiah ya ☺
Lain kali kita tengok pulak ya rezeki macam mana.
Kalau ada rezeki lebih, kita bagi kepada lima orang.
Kalau tak, kita beri yang pertama je.
Amacam, ok tak?
so kalau korang nak merasa hadiah jugak,
meh la datang melawat Cikyan kat sini
Dan jangan lupa tinggalkan komen tau tau !
InshaAllah tetiap bulan Cikyan akan update entry 
pasal blogger ohsem nih.

Selamat berblogging uollsssss !


Pageviews FEB 2018

Assalamualaikum.

Selamat pagi uollss ☺☺☺
Apa khabar?
Tadi Cikyan duk godek godek dashboard.
Yela masih banyak perlu belajar kan.
So kena la godek godek dashboard tu.
Dalam pada tergodek godek,
lalu ternampak la ini..


Haaa gapo dio tu?
Tulaaa pageviews Cikyan.
Disebabkan 1 March,
So Cikyan anggap la ni pageviews bulan lepas punya.
Hmm Malaysia mmg la ditangga pertama.
diikuti US dan next, Ukraine.
Melihatkan pageviews tu,
Buat Cikyan termalu sendiri.
Ahaks sikitnya.
Takpa la...sebagai permulaan kan.
Semoga lepas ni boleh improve lagi.

Cikyan nak tanya la...
Kalau korang baca blog orang,
topik apa yang paling korang suka?
Cer share sikit.
Lepas tu, kalau baca blog Cikyan ni,
apa yang korang suka baca?
Mana la tahu boleh improve sikit lepas ni.

Sila sila la tinggalkan komen ya,
sebab Cikyan serius nak tau ☺☺☺☺



Hadiah PokcikBlogger Dah Sampai !

Assalamualaikum.

Apa khabar?
Diharapkan semuanya sihat sihat sahaja.
Cikyan nak beritahu,
semalam dah terima dah hadiah 
minyak gonggang dari pokcik Blogger.
Lepas balik lunch tengari semalam,
ada nampak bungkusan atas meja.
Bukak je, ada botol comel ni.


Terima kasih la pokcik sebab bagi hadiah ni.
Pokcik blogger ada buat giveaway haritu.
At last dia beri semua yang join.
Beruntung semua peserta !

Btw, Cikyan tak try lagi.
Tapi kan...
Kebetulan semalam ada boss atasan Cikyan kat office ni,
dia alami alahan ibu mengandung.
Habis satu badan naik gatal gatal.
Dok bergaru je.

Semalam dah alang alang dah dapat,
saje jela Cikyan offer dia untuk guna.
Balik semalam,
try la dia macam mana.
Dia kata macam berkurang sikit.
Wahh, agak bagus disitu.
Alhamdulillah, ada jugak keberkesanan minyak tu kan.
Minyak sebagai asbab,
yang menyembuhkan adalah Allah s.w.t.

Lepas tu tanya sis tu, ada bau pape tak.
sis tu kata, takde bau busuk pon.
Tu paling penting tu.
Pheww, bagus la kan.
Sebab bukan apa, maknanya kalau takde bau tu,
sesuai la untuk dibawa ke mana mana kan.
Lagipun packaging dia comel je,
kecik ja pon. Memang senang la nak bawak kemana mana.
Sebab kadang Cikyan ni suka jugak mengangkut satu lori 
barang barang berguna letak dalam beg.
Khas untuk pegi mana mana.
Penyudahnya beg hakuuu berat laa...HAHA!

Last but not least,
thanks sangat la kat PokcikBlogger.
Sesape yang berminat boleh le berkunjung 
ke blog beliau.


Tuesday 27 February 2018

KamHeong Chicken

Assalamualaikum.

Harinih Cikyan nak share satu resepi ni.
Seriously Cikyan memang suka sebab rasa dia best.
Kira macam favourite jugak la nih.
First time makan masa try kat Haslinda Sim,
masa tuh Cikyan kerja kat sepang lagi.

Sejenis makanan cina kalau tak silap.
Kalau dalam bahasa melayu
mungkin lebih dikenali sebagai
" ayam goreng kari"
Haaaa, pepandai je haaaku ni ☺☺☺

Para suri rumah boleh la cuba.
Suri tak suri pon boleh jugak cuba.
Abang kakak, adik adik pon boleh cuba.
Sebab resepi ni mudah yakmatt !
Boleh la kan nak tukar tukar menu pulak.
Mungkin ada jugak yang dah pernah cuba kan.
Yang tak pernah?
Boleh la cuba kan ☺☺☺☺

Resepi ni Cikyan amik dari google je sebab
dah lama dah tak buat.
Gambar pon google jugak. Wakakaka !


KAMHEONG CHICKEN

bahan-bahan

10 ketul bahagian ayam
2 ulas bawang besar *(1 ulas didadu/cincang)
4 ulas bawang putih
3 biji lada merah
7 biji cili apii
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu kicap lemak manis
serai(sesetengah tak letak)
1 paket kari
Sedikit daun kari
Minyak untuk menumis
Kunyit dan lada hitam untuk perapan
Garam secukupnya

cara cara

1) Perap ayam dengan garam, kunyit dan lada hitam, 
kemudian goreng ayam dan ketepikan
2) Potong dan hiris semua bahan-bahan
3) Bancuh serbuk kari dengan sedikit air (jangan terlalu cair)
4) Panaskan minyak dan tumis semua bahan 
yang dah didadu/kisar sampai naik bau wangi 
*Gunakan baki minyak gorengan ayam
5) Masukkan daun kari dan bancuhan serbuk kari. 
Diikuti semua bahan sos.
6) Kacau dan masak sampai naik minyak
7) Masukkan ayam goreng, cili api, lada merah & kacau sebati. 
Perasakan dengan garam jika perlu
8) Bila dah sedikit kering, masukkan bawang yang dihiris atau potong bulat
9) Dah sebati dengan ayam, boleh tutup api dan dihidangkan.

Pengemis Dan Isteri Cantik

KISAH TAULADAN

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.

"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu.

Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. 

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.


Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking seorang pengemis.



Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".

Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :

"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya". 


Monday 26 February 2018

Cerpen Di Cukaria

Assalamualaikum.

Hai hai hai uolsss..
Apa khabar harini?
Semoga semuanya baik baik sahaja.

Cer tengok tajuk Entry Cikyan.
Apa tu, apa tu?
By the way, ada ternampak kat satu entry blogger ni.
Dia ada post pasal ni.
Mcam best je kan.
Mana la tau rezeki.
Bagus jugak ni untuk blogger yang suka menulis kan.
Cikyan macam tertarik dengan hadiah dia tu. HAHA !


Menurut yang Cikyan baca tu,
Cukaria ni adalah laman web yang siarkan 
pelbagai cerpen setiap minggu mulai februari.
So kalau korang join, dan menang,
ada la peluang korang punye cerpen tersiar dalam tu kan.
Hadiah pun dapat. Best kan?
Pastu kalau nak usya cerpen ka, 
boleh la pi serbu laman web tu.
Mesti banyak cerpen yang best kans !

TUH SYARAT UNTUK JOIN


Terasa macam nak join pula.. Aiiishhhh !
Yang harituh tak sempat nak join,
sebab serius agak busy.
Tak sempat nak draft pun. 

Semoga kali ni,
ada masa untuk join.
Teringin juga website orang siarkan cerpen kita kan.

Sunday 25 February 2018

Review Buku : Dari Alam Lain By Helmi Effendy

Assalamualaikum.

Selamat kembali bekerja uollss!
Apa khabar?

Okey tanpa panjang lebar,
Cikyan nak meneruskan agenda seperti tajuk di atas.
Tajuk buku : DARI ALAM LAIN
Penulis : HELMI EFFENDY
Rate : 5/5


Buku ni Cikyan dapat dari giveaway MekZumbie.
Last but not least, thanks MekZumbie bagi buku yang best nih !
Seriously ni buku pertama -bergenre seram yang Cikyan baca.
Sebelum ni pernah la baca, tapi mesti tak habis.
Pernah la baca buku macam tamar Jalis semua tu,
tapi tak pernah habis.
Bukan sebab ta best, tapi sebab takut, HAHA !
Kalau pernah baca pun dan habis pun, buku Hadi Fayyadh tu jela.
Serius sebab Seketui Cikyan ni amat amat la penakut.
Kalinih serius boleh habis.
Buku ni tebal. Serius walau tebal tapi tak bosan.
Sebab baca awal awal tajuk pun, dah best dah.

SINOPSIS

Mereka ialah pemburu hantu. 
Tapi nanti dulu! Mereka tiada kena-mengena dengan Sam dan Dean Winchester. Mereka juga tidak ada kaitan dengan kumpulan legenda Ghosbuster. 
Mereka adalah Badruz Zaman dan Citra Adra, kacukan manusia-bunian, 
kembar yang yatim piatu. Pasangan kembar ini ada misi tersendiri.
 Mereka mahu mencari jalan masuk ke alam bunian demi mencari asal usul 
dan mengenali ibu ayah mereka.
 Namun, tiada sesiapa yang tahu cara untuk masuk 
ke alam bunian kecuali melalui diari arwah ayah mereka 
yang mengaitkan laluan ke alam bunian yang dipanggil
 sebagai relung dengan tempat-tempat seram. 
Bukan semua tempat angker yang ada kaitan dengan relung, 
tetapi relung pasti ada di tempat-tempat yang selalu dikaitkan dengan penampakan. 
Maka mengembaralah Badruz Zaman dan Citra Adra ke seluruh Malaysia mencari relung. 
Dalam masa yang sama, makhluk yang pernah menghuru-harakan dunia ketika Zaman Melaka dahulu menanti masa untuk kembali.
 Makhluk itu jugalah dalang yang menyebabkan 
kedua-dua orang tua mereka menemui ajal.

Okey kat atas tu confirm la kan
 sinopsis dari cover belakang kan.
Ahaks..

Satu yang Cikyan boleh cakap, buku ni best gila.
Buku pertama Cikyan baca,
walaupun pada asalnya Cikyan ni penakut,
Tapi terasa nak jugak habiskan.

Serously cerita dia memang sangat menarik.
Walau mungkin la kot ada unsur tokok tambah, 
ternyata penulis mampu buat cerita tu menarik sangat.
Dari satu bab ke satu bab,
penulis seolah olah bawa kita sekali ke dunia tu.

Kisah Badruz Zaman dan Citra Adra yang mencari relung.
Dalam pada nak cari relung mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai situasi,
yang setiap satunya amatlah mendebarkan.
Bermula dengan kisah kat Universiti Tun Dr mahathir, dimana mereka menyingkap kisah asal lagu ulit mayang.
Seram bulu roma huii. Kat sini boleh tau la pasal ulit mayang tuh.
Lepas tu kisah kat genting,
and then ada pulak kat zaman kesultanan melayu melaka.
Kisah kat hotel, di ikuti kisah orang hilang kat muzium patung lilin,
yang mana akhirnya patung tu bernyawa.
Lepas tu mereka sebagai pemburu ditugaskan mencari 
anak perdana menteri.
Lepas tu tersesat dekat perkampungan yang hilang
dalam peta dunia dan terpaksa berhadapan dengan perempuan berkebaya merah dan lelaki berkapak.

Lepas tu mereka diduga pula dengan kematian,
lepas satu satu kematian rakan pemburu-
orang yang mereka sayang sangat.

At last paling mendebarkan bila mikhael nak hidupkan balik 
sang penguasa yang jahat bila dah berjaya kumpul ketiga tiga benda
yang mengurung penguasa tu.

Berjaya ke tidak?
Suspens kan..
Nak tahu berjaya ke tidak,
korang kena baca sendiri k.
Seriously best.
Bila dah habis baca buku ni,
buat Cikyan rasa macam nak kumpul
koleksi buku seram pulak.
Macam best je oii tengok hitam hitam je latar belakang tu.

oh ya, KakSha pun pernah review buku ni
suatu ketika dulu
boleh baca kat SINI
Boleh jugak baca review sorang sis ni kat SINI 

Bila fikir kelakar pulak.
Orang dah lama review,
Cikyan baru nak mereview harini.
Okey la daripada takde. Yedokkk?
Ahaksss..

Sekian berita review untuk hari ini.
 Semoga berdesup korang pi cari buku ni okeh ~






Thursday 22 February 2018

Izinkan Aku (Bab 5)


Dewan peperiksaan kelihatan lengang. Peperiksaan kertas terakhir iaitu subjek anatomi baru sahaja habis diduduki oleh semua pelajar. Setelah loceng dibunyikan, kelihatan para pelajar bergegas keluar dari dewan. Aku hanya tersenyum melihat telatah mereka. Kemungkinan mereka mahu melepaskan segala beban yang ditanggung sepanjang minggu peperiksaan. Mungkin mereka mahu tidur atau keluar berjalan jalan. Aku juga kadangkala begitu, setiap kali habis peperiksaan sewaktu di sekolah menengah dulu, aku akan merasa lega yang amat sangat. Biasanya aku akan keluar awal  dan cepat cepat pulang ke rumah untuk tidur.Melepaskan segala beban yang berkumpul dikepala. Namun tidak pada kali ini. Aku yang sengaja memilih untuk keluar lewat masih lagi mengemas alat tulis yang masih berterabur di meja.

“Alhamdulillah, aku sudah selesai menjawab kesemua kertas peperiksaan. Aku sudah melakukan sehabis daya, semoga aku mencapai target seperti yang aku idamkan. Usaha sudah,  tinggal tawakal sahajalah. “ desis hatiku. Sedang aku berkira kira untuk pulang, Izzah yang kedudukan mejanya berada  berada di hujung dewan menghampiriku.

“ Zu, terima kasih tau. First time aku rasa macam aku menjawab peperiksaan tu sambil tersenyum. Topik yang kita target tu masuk exam. Sukanya aku! ” Izzah terjerit kecil lalu memelukku secara tiba tiba. Aku yang melihat hanya mampu menggelengkan kepala sambil membalas pelukannya.

“ Alhamdulillah. Kita usaha sama sama kan. Takyah la kau berterima kasih kat aku. Mungkin kebetulan sahaja kan topik tu keluar.” Kataku pendek.

“Jom aku belanja kau makan kat kantin, sebagai membalas budi baik kau tolong aku.” ajak Izzah sambil menarik tanganku menuju ke kantin.

Aku yang kebetulan memang belum makan sejak pagi tadi menerima pelawaan itu. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku mengikut langkah Izzah ke kantin kolej. Kantin yang kedudukannya agak jauh terletak di bahagian tepi kolej, membuatkan kami terpaksa melalui sebuah dewan kuliah. Dewan kuliah pelajar sem enam. Didalamnya masih terdapat beberapa orang pelajar senior yang membuat perbincangan secara berkumpulan. Melihatkan kelibat abang Hakimi, ketua kumpulan majlis orientasiku, aku menjadi tidak keruan. Bukan kerana abang Hakimi aku jadi begitu. Semuanya kerana aku tahu, dimana ada abang Hakimi, pasti akan ada juga Syamil, rakan baiknya merangkap kawan sebiliknya. Dan seperti kebiasaan,  apabila berhadapan dengan mahkluk yang satu ini, pasti aku akan rasa sesuatu. Dalam hatiku berdoa, semoga dia tiada disitu. Sungguh sejak peristiwa di majlis orientasi itu, aku jadi malu untuk bertentang mata dengannya.  Tambahan pula, baru baru ini, aku sudah terlanggar dia sewaktu keluar dari kelas. Lagi aku rasa seperti darah merah naik ke seluruh muka.

Seperti kebiasaannya, sesuatu yang kita mahu elak itulah yang akan terjadi. Semasa melintasi pintu hadapan dewan kuliah itu, aku terpandang wajah Syamil yang kebetulannya, sedang melihatku. Dia memandangku agak lama sebelum melarikan pandangannya kearah lain setelah tersedar bahawa aku juga sedang melihatnya.

“Mungkin dia juga malu sepertiku. Hmmm, tetapi dia lelaki, kenapa dia harus malu. Tak mungkin malu. Atau mungkin dia sibuk. Hmmmm…” desis hatiku.

Dihadapan Syamil, seorang perempuan yang bertudung sopan sedang melihatku dengan pandangan yang agak lama. Dia cantik, namun mukanya agak masam. Tak tahu apa puncanya. Renungannya membuatkan pandanganku beralih kearah lain. Tiba tiba aku rasa seperti tidak sedap hati. Aku memanjangkan langkahku menuju ke kantin kolej.

Selesai mengambil makanan dan membuat pembayaran, kami pergi ke meja makan yang disusun kemas di situ. Kelihatan beberapa orang pelajar lain yang sedang menikmati makan tengahari mereka. Bau kari ayam yang datangnya dari makanan yang kuambil itu, menusuk hidungku. Lalu aku suapkan nasi berserta kari ayam itu, satu persatu ke mulutku. Agak gelojoh kerana sememang sejak dari pagi aku tidak menjamah walau sebutir nasi pun.  Izzah yang melihatkan tingkahku hanya melopong. Deringan telefon Izzah memaksa dia untuk menjawab telefon yang sedari tadi berbunyi. Mahu makan pun susah. Ada saja yang mengganggu.

Tiba tiba, seorang  pelajar pelajar perempuan yang tidak pernah ku kenali datang menghampiriku. Dia menghulurkan sehelai kertas kepadaku.

“ Awak, ada orang suruh saya beri ini kepada awak.” Katanya ringkas sambil memusingkan badan untuk pergi.

“Awak siapa? Dan ini, apa? “ tanyaku pantas seterusnya menghalang pelajar itu pergi begitu sahaja.

“ Saya Alia, pelajar sem tiga diploma  pengurusan. Ini abang senior yang suruh saya beri surat ni pada  awak. Dia tak beri saya beritahu awak siapa dia.” Katanya pendek lalu berlalu pergi, membantutkan perancanganku untuk  bertanya lebih lagi. Aku mengeluh. Lipatan kertas itu kubuka  lalu kubaca isinya.

Cantik. Secantik namanya. Semoga akhlaknya juga secantik itu. InshaAllah.

“ Allah, malunya aku……” ringkas ayat yang keluar dari mulutku. Aku terkedu membaca barisan ayat itu. Aku Yang sedari tadi laju menyuap makanan ke dalam mulut, berhenti seketika. Mukaku merona merah. Tulisan tangan ini sama seperti tulisan tangan yang aku terima tempoh hari. Ini adalah orang yang sama. Aku tahu aku sedang diperhatikan. Aku tahu, sidia yang misteri itu sedang menegurku setelah melihatku makan dengan gelojoh tadi. Aku melihat sekeliling mencari sesuatu yang ganjil sebelum menjatuhkan pandanganku pada kertas tadi. Aku menyorokkan kertas itu di dalam beg sandang yang kubawa tadi. Aku perlu sembunyikannya dari pandangan Izzah. Aku termenung sendirian.

“ Apa tu?” Tanya Izzah ringkas setelah menamatkan perbualannya di telefon.

“ Errr tak ada apa apa.. Hmmm, lepas makan kita keluar nak? Kita window shopping lepas tu kita jalan jalan. Nak tak? Harini kan kita dah bebas .” Jawabku ringkas sambil mengalihkan topic perbualan. Aku menghadiahkan sebuah senyuman yang dibuat buat kepada Izzah dengan harapan dia akan termakan dengan ideaku seterusnya melupakan hasratnya untuk bertanya dengan lebih lanjut.

“ Hmmm boleh jugak. Bijak sungguh idea kau tu. Aku dah lama tak shopping.” Jawabnya sambil tersenyum penuh makna.  Izzah dan shopping, berpisah tiada. Dia memang amat gemarkan window shopping. Kalau dulu, hampir setiap hujung minggu dia akan keluar untuk window shopping. Ada kalanya dia akan membawa pulang barang barang yang dibelinya. Ada kalanya dia balik dengan tangan yang kosong.

“ Jomlah kita pergi sekarang.” Ajaknya sambil menarik tanganku untuk bangun. Aku memandang nasi dan kari ayam yang masih berbaki di dalam pinggan. Alahai ruginya. Belum habis lagi, aku sudah diminta untuk bangun dan balik ke asrama sebelum kami keluar.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Setelah turun dari bas, kami berjalan menuju kearah Pasar Siti Khadijah. Pasar Siti Khadijah merupakan salah sebuah pasar yang agak terkenal di Kelantan kerana ianya kerap dikunjungi pelajar dan pelawat dari negeri lain. Disini terdapat banyak deretan kedai  yang menjual pelbagai jenis makanan, baju, buah buahan dan sebaganya. Aku juga, semasa bulan bulan pertama aku menjejakkan kaki  di Kelantan, aku selalu mengunjungi pasar ini. Hal ini kerana, disini terdapat pelbagai barangan yang pastinya mampu menarik minat setiap mata yang memandang.

Izzah menarik tanganku sambil berjalan menghala ke sebuah kedai yang terletak di tingkat dua. Di kedai itu, terdapat banyak tudung dan selendang yang mengikut fesyen terkini. Mataku tertancap kepada sehelai  tudung yang berwarna hijau muda yang tergantung di dalam kedai tersebut. Rekabentuknya yang ringkas menarik perhatianku. Ringkas tetapi menepati citarasaku. Aku mencapai tudung itu dan membelek belek.  Semenjak aku dipaksa untuk bertudung oleh Puan Fatimah, sedikit sebanyak telah mengubah perwatakan dan kegemaranku. Jika di kolej aku diperhatikan oleh Pensyarahku, di asrama pula, aku dinasihati oleh Izzah. Jujur, aku begitu kagum dengan dirinya. Walaupun dilimpahi dengan kemewahan, dia tetap menjaga agamanya sebaik mungkin. Izzah banyak memberiku tunjuk ajar mengenai ilmu agama, mengajarku cara memakai tudung dengan sempurna dan sebagainya.  Mungkin kerana aku satu bilik dengannya, segala apa yang menjadi tindak tanduknya, sudah mempengaruhi diriku juga. Aku bersyukur. Kini aku sudah mampu bertudung dengan sempurna. Cuma sikap kasarku masih perlu diubah lagi.

“ Kau suka yang itukah?” Tanya Izzah kepadaku. Pertanyaannya membuatkan aku kembali ke dunia nyata. Rupa rupanya sedari tadi aku masih memegang tudung itu.

“ Ehh taklah. AkU tengok tengok je. Macam cantik pula yang ni kan. Tengok tengok aje, tak salah kan? ” Balasku ringkas. Aku sebenarnya hanya mahu menemani  Izzah mencuci mata disini. Sesekali keluar merehatkan minda, mampu memberikan kepuasan buat diriku.

“Ohh ingatkan kau suka. Kalau tak aku nak belikan. Boleh aku hadiahkan kepada kau. Kau kan baru belajar bertudung.” kata Izzah ringkas sambil menyambung membelek tudung yang sedari tadi dipegangnya.

Setelah puas mencuci mata, kami berjalan menuju ke sebuah kedai makan berhampiran pasar tersebut.Izzah yang menjinjit beberapa beg plastik, meletakkannya di atas kerusi. Aku yang masih kekenyangan kerana baru sahaja makan tengahari, hanya memesan minuman. Izzah pula memesan rojak buah yang menurutnya, sangat sedap dan menyelerakan. Kami berborak agak lama disitu sebelum menyedari akan kehadiran  sekumpulan pelajar perempuan, iaitu senior di kolejku ke kedai itu. Aku cuba menghadiahkan sebuah senyuman apabila pandanganku bertemu dengan pandangan salah seorang daripada mereka. Namun, dia hanya menunjukkan wajah yang masam kearahku sambil berbisik sesama mereka. Aku  merasa agak keliru lalu hanya membiarkannya sahaja. Sekumpulan senior tadi duduk berhampiran dengan meja yang kami duduki.

Setengah jam kemudian, salah seorang daripada mereka datang menghampiriku lalu mengambil tempat duduk disebelahku. Izzah yang hanya memandang situasi ini hanya membiarkan sahaja. Izzah terus menyuap rojak buah ke dalam mulutnya.

“ Awak Zulaikha kan?” tanyanya ringkas, namun perlahan. Cukup didengari aku dan dia.

“ Errr ya saya Zulaikha. Akak ni siapa ya?” tanyaku kehairanan. Kulihat Izzah sudah mula menjeling jelling kearah kami.

“ Kau tak perlu tahu siapa aku. Cuma aku minta supaya kau jangan ganggu Syamil lagi. Dia aku punya.”  Katanya seolah memberi arahan kepadaku. Suaranya yang sedikit meninggi itu, mambuatkan aku menjadi sedikit terkejut.

“ Errrr sorry, maafkan saya. Kenapa tiba tiba saya dikaitkan dengan Syamil ni? Saya tak faham la…” tanyaku  kehairanan. Angin tak ada, ribut tak ada, entah kenapa pula namaku yang dikaitkan. Berborak dengan Syamil pun tak pernah, lagikan mahu ganggu Syamil. Ada yang tak kena agaknya ni.

“ Tak ada apa, Cuma aku minta, kau jangan ganggu dia lagi. Faham?” Arahnya perempuan itu sambil menggenggam tanganku dengan kuat seolah olah memberi arahan kepadaku. Aku yang tidak tahu hujung pangkal hanya menganggukkan kepala, malas mahu layan sebenarnya.

“ Maaf ya, apa masalahnya ni?” Izzah yang sedari tadi hanya mendengar perbualan kami, menyampuk secara tiba tiba.

“Tak ada apalah, bukan hal kau pun. Jangan masuk campur. Boleh?” katanya sambil memandang Izzah. Lalu perempuan tersebut bangun lalu berjalan menuju ke arah rakannya berkumpul.Aku yang masih keliru memandang Izzah dengan perasaan yang kosong.

“ Apa perempuan tu nak kat kau?” Tanya Izzah kepadaku.  Izzah yang sedari tadinya hanya khusyuk menikmati rojak buah itu, mengalihkan pandangannya kepadaku.

“Kau kenal Syamil?” Tanyaku ringkas.

“Syamil? Hmmmm, kenal. Pelajar tahun akhir diploma pengurusan. Yang glamour tu kan? Hampir semua pelajar  kenal dia. Budak perempuan dalam kelas kita pun ramai yang sukakan dia. Mustahil la kalau aku tak kenal.” Kata Izzah.

“ Ya, betul la tu. Kakak tadi tu bagi aku amaran supaya jangan kacau Syamil. Aku tak faham, kenapa aku pulak kena warning macam tu. Aku bercakap dengan Syamil tu pun tak pernah, lagi nak kacau dia. Betul betul pelik!” Kataku panjang lebar.

“ Oh perempuan tadi tu. Kau kenal dia tu siapa?” Tanya Izzah kepadaku.

“ Sejujurnya tak. Cuma aku macam pernah nampak muka dia. Tapi tak pasti kat mana. Oh ya, dialah perempuan yang duduk di depan Syamil sewaktu di dalam kelas tadi masa kita melintas tadi.” Jawabku pantas.

“ Namanya Ruhaila, sekelas dengan Syamil. Dia tu bekas kekasih Syamil. Aku pernah dengar gossip, perempuan tu, sampai sekarang masih tergila gilakan Syamil. Tetapi, dengar khabar, Syamil dah tak suka kat dia dah. Sebab mereka berpisah pun berpunca dari perempuan tu juga la. Dasar nenek lampir. Kau tahu, mereka cakap, perempuan tu dulu, pernah tinggalkan Syamil kerana dia jumpa lelaki lain. Kebetulan, kekasih dia tu orang kaya. Gelap lah mata dia. Penyudahnya, bila lelaki tu tinggalkan dia, dia terhegeh hegeh pula kat Syamil. Kau rasa Syamil nak ke terima balik perempuan mata duitan macam tu?” jelas Izzah panjang lebar. Aku yang mendengar hanya mampu menggelengkan kepala. Kuat juga penangan aura Syamil, sehinggakan perigi sanggup mencari timba. Mengenangkan gelaran nenek lampir itu, membuatkan aku tergelak seketika sebelum berfikir sesuatu.

“ Tetapi kenapa aku pula yang kena warning ni? Apa salah aku? ” kataku pelik. Aku melihat kumpulan senior tadi mula meninggalkan kedai makan itu. Ruhaila yang baru bangun dari kerusi itu menghadiahkan jelingan tajam kepadaku. Lalu aku yang masih lagi kebingungan ini, melarikan pandangan kearah lain.

“Dasar nenek lampir, ada hati nak menjeling aku.” Omelku sendirian. Setelah kumpulan senior itu hilang dari pandangan, kami memulakan perbualan semula.

“ Kau tak payah fikir sangat la Zu, dia tu bukan boleh buat apa apa. Aku rasa ni mesti kes cemburu ni kan? Biarlah dia, abaikan sahaja. Tak guna kau layan perempuan macam tu. Muka sahaja cantik, tetapi perangai, nauzubillahminzalik ! “ nasihat Izzah kepadaku.

Aku yang mendengarkan nasihat itu hanya mampu mengeluh dan termenung lama sebelum Izzah menarik tanganku untuk pulang ke asrama. Aku mengikut langkahnya dengan longlai. Fikiranku mula memikirkan masalah itu. Mengapa aku yang dipersalahkan? Mengapa perlu nenek lampir itu memberikan amaran kepadaku? Oh Syamil, musibah apa yang cuba kau bawa ini. Sungguh, aku keliru.