Saturday 10 March 2018

Review filem : Tomb Raider

                      

Assalamualaikum.


Apa khabar semuanya?
Ni nak cerita kisah malam kelmarin.
Seperti biasa, 
Cikyan balik je kerja, 
Terus pi Times Square.
Dah alang alang duduk kat rumah
pun takdak air, 
So apa lagi,
berjalan la kita di mall.

Kebetulan sehari sebelum tu,
Ada sorang member ni cakap cerita ni best.
So apa lagi kan?

Sinopsis Tomb Raider


Lara Croft adalah anak seorang penjelajah yang hilang ketika ekspedisi ke sebuah pulau terpencil. Beberapa tahun selepas kehilangan ayahnya, dia memulakan ekspedisinya sendiri untuk mencari ayahnya.

My review

Bagi Cikyan la kan,
Cerita ni ada daya tarikan dia yang tersendiri.
Jalan cerita dia best.
Lara yang 'kononnya' kematian ayah ni nak 
cari ayah dia, nak jejak ayah dia.

Pada mulanya ayah dia wasiatkan
supaya Lara ni hapuskan semua
barang tinggalan ayah dia yang dibuat 
untuk jejak makhluk jahat
supaya tak jatuh ke tangan musuh.



Lara ni pulak, 
disebabkan keinginan yang tinggi
untuk cari ayah dia,
dia tak bakar pun semua benda tu.
Dia bawak semua benda tu ke pulau misteri
tempat terakhir sebelum ayah dia 
hilang tanpa berita.

Perjalanan Lara tu agak dahsyat jugak
la nak sampai ke situ.
Dia ditemani oleh anak kawan ayah dia,
yang juga dipercayai hilang kat pulau tu.

Sesampai kat sana,
tak disangka sangka,
mereka ditangkap oleh musuh 
yang cuba mencari jalan menjejaki
makhluk jahat tu.
Kebetulan Lara pun ada bawa petunjuk 
dari penyiasatan ayah dia. 
Haaaa apa lagi,
Terbongkar la rahsia.
Kat sini juga lara bertemu dengan ayah dia semula.
Lepas tu kisah macam mana lara terpaksa 
ikut kata musuh tu untuk buka kunci gua 
yang ada makhluk jahat tu
sebab nak selamatkan ayah dia dari kene bunuh.
Serius kesian masa ni sebab ayah dia
dah penat penat simpan rahsia tu
supaya tak jatuh ke tangan penjahat,
tetiba anak dia bocorkan sebab nak selamatkan dia.
Penat je usaha, last last terpaksa jugak pecahkan rahsia. 
Tu pon ayah dia jenuh tak bagi.
Tapi anak dia cakap " dia datang kat situ pon sebab nak selamatkan ayah dia je ".
Kau rasa?
Lepas tu tengok macam mana perjalanan
mereka kat dalam gua yang ada makhluk
jahat yang dah mati tapi menakutkan tu.
Ada banyak perangkap, ada banyak tipu muslihat.

Dan sebenarnya, 
betul ke makhluk tu jahat?
Haaa nak tahu, kena tengok la uolsss.
Iollss dah tengok dah.

Selamat menonton.
Serius cerita dia best sangat.
Memang puas hati kalau tengok.
Rate Cikyan bagi 5/5.
Yeeayyyy !


Thursday 8 March 2018

Review Filem : KL Special Force


Assalamualaikum.

Selamat pagi uollsss !
Pepagi ni Cikyan nak ambik mood mereview
cerita KL SPECIAL FORCE nih.
Semalam balik kerja terus pi serbu Times Square
sebab baca review blogger kata
cerita ni best.

Language: Malay
Subtitle: English
Classification: P13
General Release Date: 08 Mar 2018
Genre: Action
Running Time: 1 Hour 46 Minutes
Distributor: Skop Production, Astro Shaw
Cast: Syamsul Yusof, Rosyam nor, Fattah Amin
Director: Syafiq Yusof
Format: 2D



SINOPSIS

Mengisahkan tentang sekumpulan Unit Khas PDRM
 yang diketuai oleh Roslan yang berusaha untuk menjatuhkan
 sekumpulan perompak yang diketuai oleh Asyraff. 
Kumpulan perompak yang dikenali sebagai 'Geng Anarkis' 
melaksanakan pelan rompakan dengan begitu licik
 dan pelbagai taktik untuk mengelirukan pihak polis. 
Seorang anggota polis muda bernama Zul yang berjiwa besar 
diserapkan dalam Unit Khas PDRM untuk membantu Roslan 
menyelesaikan kes berkenaaan, tetapi situasi menjadi bertambah rumit 
apabila ketua perompak iaitu Asyraff mula memanipulasi perasaan,
 minda dan syak wasangka diantara Roslan dan Zul.
 Taktik asyraff menimbulkan stigma dan pergolakan 
diantara anggota di dalam unit khas tersebut. 
Dalam pada masa yang sama, Roslan mengalami masalah keseimbangan masa
 untuk kerja dan keluarga dan sering bertengkar 
dengan isterinya yang bernama Diana. 
Zul juga mengalami masalah yang sama 
dengan tunangnya Mia yang merupakan 
anak kepada pengerusi bank Damofa iaitu Dato' Mior. 
Sebuah rahsia bakal terbongkar apabila 
Geng Anarkis hanya merompak bank kepunyaan Dato' Mior. 
Apakah rahsia tersebut? 
Bagaimanakah pihak polis mahu menumpaskan Geng Anarkis?


Syamsul Yusof sebagai Asyraff


Rosyam Nor sebagai Roslan


Fattah Amin sebagai Zul

REVIEW BY ME

Totally Cikyan rasa cerita ni sangat best sebab
lakonan diorang mantap.
Jalan cerita pun sangat baik,
memula cerita je dah scene rompak rompak.
Seriously cerita dia tak bosan sebab jalan cerita dia 'cepat'.
Sebab ada sesetengah cerita yang slow je,
macam bosan je kan.
Kisah polis nak tumpaskan geng jahat 
yang suka sangat merompak.
First time Cikyan tengok polis main cakap je,
tak ikut prosedur macam dalam gerak khas tu.
Cerita dia ada selit unsur lawak jugak.
Seriously, cerita ni ada pengajaran di akhirnya.
Lepas tu cerita ni juga mampu memanipulasi otak Cikyan,
sebab kena fikir dan teka,
sebenarnya siapa yang jahat dan bersubahat 
dengan Asyraff ni?
Serius kejap rasa Roslan yang jahat,
kejap rasa Zul yang jahat.

REVIEW PELAKON

Jujurnya nak kata,
banyak improvement yang Fattah Amin dah buat
lagi lagi melalui lakonan ini.
Lakonan nampak lebih bersahaja berbanding dulu.
Biasa la kan, filem pertama kot.
Ko nak expect macam mana lagi dari dia?
Lepas tu scene dia best jugak la
sebab main lompat lompat atas bas semua.
Haaa, yang tu scene Fattah Amin.
Walau Cikyan tau bukan dia yang buat scene tu sebenarnya,
tapi totally salute la gak.
*Update terbaru :
Terkezut bila baca semula rupanya
scene stunt dia buat sendiri larr.



Seriously Cikyan suka watak Rosyam Nor.
Nampak gagah you.
Dia ni anggota polis,
sebab terlalu sibuk sampai takda masa untuk family.
Gerun jugak la den bila tengok dia bagi penampo sebijik
kat bini dia sebab tak faham kerja dia.
Lepas tu scene dia terpaksa hadap perompak penyamun tu dengan
sorang dua je back up sebab polis yang lain tersilap plan.
Nervous la youu !



Macam biasa la,
Syamsul Yusof pulak,
Kalau dia jadi samseng pun, 
tentulah samseng yang kacak kan. HAHA !
Gaya lakonan pun, superb !
banyak la peningkatan dari dulu masa mula mula berlakon kan.
Tapi bagi Cikyan dah ok sangat dah tu.


Barisan pelakon dan pengarah



Totally cerita ni sangat best
dan korang patut tengok.
Very recommended !
Cikyan bagi rate 5/5.
Boleh baca kat blog nih 
kat blog ni review dia lagi superbb !
Dan sebab Cikyan baca review dari dia laa, 
Cikyan pergi serbu wayang. HAHA !

Cikyan dah tengok, anda bila lagi?
Semalam dapat large popcorn free masa beli tiket ni.


Cikyan dapat popcorn je semalam.
Tshirt tu taktau free ka apa ka..
Korang pi usya sendiri la nah ☺☺☺

Selamat menonton uollss !




*Notakaki :
 Eh apasal banyak gambar Fattah Amin dalam blog haakuu ni?
Marah Fazura nanti. Ahakkss !




Wednesday 7 March 2018

Review Movie : Red Rain

Al kisah..
Malam kelmarin punya cerita..
Cikyan pergi la Times Square,
Tujuannya untuk mencari barang sikit.
Dah alang alang pergi sana,
Ternampak pulak la wayang.

Seketui Cikyan yang suka tengok wayang ni,
apa lagi menonong laaa pegi beli tiket
lepas lepas dah usya movie apa yang ada.

At last, pilih punya pilih,
pilih nak tengok cerita ni.

TAJUK : RED RAIN
DURASI: 1 JAM 28 MINIT 
TARIKH TAYANGAN : 1 MAC 2018

BAHASA : THAILAND
GENRE : SERAM
FORMAT : 2D




Ni pelakon utama, Gab.


Ni hantu cantik, Som.

REVIEW

Secara jujurnya, movie ni bagi Cikyan biasa biasa saja.
Nak kata teruk pon, satgi kena saman pulak. HAHA.
Rate : 3/5 je kot.
Bukan apa, bila best kita kata best.
Bila tak best, kita jujur. HAHA !
Jalan cerita dia memula je dah buat Cikyan pening.
Gab ni memula dia takut dengan Som,
sampai dia mintak tolong orang yang pakar untuk jauhkan Som dari dia.
At last bila orang dah tolong nak bunuh Som,
Dia pi halang pulak dah.
Yela kan, sebab dia macam dah terjatuh cinta
kat hantu yang cantik ni.
Hantu cantik ni pulak suka la mengekor Gab kemana je dia pergi.
Cuma ada la part part yang terkejut.
Nak kata seram, sikit ja kot seram.
Boleh la sesapa yang rasa dia penakut tu tengok cerita ni.
Sebab totally tak seram pon.
Cuma ada la masa terkejut bila tetiba ja 
Si hantu cantik yang bernama Som ni ada dalam bilik Gab.
Entah datang dari mana,
tetiba jaa..

Paling Cikyan suka part lawak dalam tu.
Bila ada kawan Gab ni bercerita pasal hantu
masa depa duk mabuk minum arak.
Pasaipa lawak?
Haaaa, tu kena tengok laaa...

Totally, rasa macam kecewa jugak dengan 
pengakhiran cerita ni.
Bukan Cikyan ja yang kecewa rasanya,
sebabnya bila habis ja cerita ni,
semua dalam panggung wayang tu macam
" Ehh kenapa macam ni?"
"Eh laaa, macam tu je ke?"
HAHAHAHA!
 Faham tak maksud dia apa?
Malas nak cakap takut kena saman.
Kikikiki..
 ☺☺☺☺☺

Bekalan Air VS Elektrik

Assalamualaikum.

Apa khabar semuanya?
Harini hari ketiga tak ada bekalan air.
So jadinya, serba serbi tak kena.
Allahurabbi.

Agak agak kalau diberi pilihan,
antara bekalan air dengan elektrik,
mana satu yang anda rasa patut ada?
Dan mengapa?



Kalau Cikyan, Cikyan lebih memilih bekalan air. 
Sebab, serba serbi nak kena guna air uii..
Masak guna air, mandi guna air.
Nak basuh muka pun guna air.
Sekarang ni pun, bekalan air kat rumah ni pun
dah makin kurang.
Malam tadi dah start makan kat luar dah.
Terpaksa la kan, sebab tiada pilihan.

Kalau elektrik tak ada, 
kita still boleh berkipas manual lagi kalau panas.
Kalau tak ada air,
Allahhurabbi, serba serbi tak kena.
Bila " when nature call" pun,
susah jugak kalau tak ada air. HAHA!

Insaf jugak bila fikir keadaan sekarang ni.
Kita macam ni pun dah rasa susah kan.
Kalau orang luar negara yang mana 
memang serba serbi tak cukup tu,
agak agak macam mana lah ya?

Semoga semuanya 
cepat cepat pulih seperti sediakala.
Sebab dengar dengar kata,
bekalan air tiada sampai ahad ya?

Tuesday 6 March 2018

Ectopic Pregnancy


ECTOPIC PREGNANCY ATAU KEHAMILAN LUAR RAHIM




kehamilan yang terjadi dan membesar di luar rahim. Wanita yang mempunyai sejarah kehamilan luar rahim mempunyai risiko yang tinggi untuknya berulang. Kehamilan luar rahim sangat berisiko dan berbahaya kepada wanita. Kehamilan luar rahim berbahaya kerana apabila kehamilan ini berkembang dan menjadi besar, ianya boleh pecah menyebabkan kesakitan yang amat, dan pendarahan di ruang abdomen.

BAGAIMANA TERJADI

Secara normalnya, telur wanita yang telah disenyawakan akan digerakkan masuk ke dalam rahim melalui Tiub Fallopian, di dalam rahim inilah telur yang disenyawakan menempel dan berkembang menjadi janin dan seterusnya bayi. Jika keadaan ini tidak berlaku, telur yang disenyawakan ini akan menempel di luar rahim dan terjadinya kandungan luar rahim.
Kebanyakkan kehamilan luar rahim terjadi pada tiub Fallopian (Tubal Pregnancy), walaupun begitu, 3-5 % kehamilan luar rahim boleh juga berlaku di tempat lain.


PREGNANCY OF UNKNOWN LOCATION

Apabila seseorang wanita itu disahkan hamil, walau bagaimanapun kehamilan itu tidak kelihatan melalui pemeriksaan Ultrasound.

SEBAB PREGNANCY OF UNKNOWN LOCATION

Kehamilan masih terlalu awal, berada dalam rahim tapi terlalu kecil untuk dilihat melalui pemeriksan ultrasound
Anda mungkin sudah keguguran, ujian kehamilan akan tetap menjadi positif 2 hingga 3 minggu selepas keguguran
Anda mungkin mengalami kehamilan luar rahim
Ianya memerlukan sedikit masa untuk doktor membuat 
diagnosis yang betul sebelum doktor memberikan 
jenis-jenis rawatan yang ada. 
Anda akan dinasihatkan untuk menjalani ujian darah
 untuk memeriksa paras hormon kehamilan dan 
rawatan susulan akan ditentukan berdasarkan keputusan darah ini, pemeriksaan ultrasound dan pemeriksaan klinikal. 

SIMPTOM  KEHAMILAN LUAR RAHIM

Setiap wanita yang mengalami masalah ini
 mempunyai gejala yang berbeza-beza. 
Lazimya wanita akan mempunyai simptom pada minggu 
ke 6 kehamilan (selepas 2 minggu tak datang haid).
Simptom yang berbeza antara individu 
ke individu menyebabkan ianya 
bukan perkara yang mudah untuk membuat 
diagnosis kehamilan luar rahim.

Sakit di bahagian bawah perut –Kadang-kadang sakit ini datang tanpa sebab musabab, dan datang secara tiba-tiba untuk beberapa hari, dan boleh terjadi pada sebelah bahagian sahaja.

Pendarahan pada alat kelamin/vagina – tompokan darah mungkin kelihatan, ataupun anda mengalami pendarahan yang bukan seperti haid anda yang biasa.

Sakit pada bahu ( shoulder tip pain )– 
sakit ini disebabkan darah yang terkumpul di dalam 
ruang abdomen akibat kehamilan luar rahim yang telah pecah. 
Anda boleh mengalami sakit perut yang amat 
dan boleh pengsan secara tetiba, akibat kehilangan darah yang banyak. 
Dalam keadaan kecemasan ini, seharunya berjumpa kakitangan kesihatan/doktor dengan segera.

RISIKO HAMIL LUAR RAHIM

Semua wanita dalam umur reproduksi ( child bearing age ) 
boleh mengalami kehamilan luar rahim. 
Risiko ini meningkat sekiranya :

Anda mempunyai sejarah kehamilan luar rahim terdahulu

Anda mempunyai tiub Fallopian yang rosak, sama ada pernah mengalami pembedahan pada tiub Fallopian, termasuklah pembedahan mengikat tiub Fallopian ( tubal ligation ) atau mempunyai jangkitan pada tiub Fallopian (pelvic inflammatory diseases )

Anda mengandung walaupun telah memakai alat dalam rahim ( Intrauterine Device ) atau anda memakan pil perancangan keluarga yang mengandungi hormon progesteron sahaja ( mini Pill)

Kehamilan kali ini adalah melalui in vitro fertilisation (IVF) atau intracytoplasmic sperm injection (ICSI)

Anda merokok

BAGAIMANA DIKENALPASTI

Hampir kesemua kandungan luar rahim dijangka 
berlaku pada tempoh kandungan 6 hingga 10 minggu. 
Walau bagaimanapun kehamilan luar rahim boleh dikesan cepat
Perlu diingat, sekiranya masih berada di peringkat awal kehamilan,
 doktor boleh mengambil masa yang sedikit lama 
untuk membuat diagnosis kehamilan luar rahim.

DIAGNOSIS DIBUAT BERDASARKAN

Pemeriksaan doktor–doktor akan menanyakan beberapa soalan berkaitan serta sejarah perubatan kemudian melakukan pemeriksaan kepada abdomen anda. Dengan kebenaran anda, doktor akan melakukan pemeriksan vagina dengan kehadiran female chaperone – untuk menemani anda sepanjang pemeriksaan.

Ujian kehamilan – jika ujian kehamilan belum dilaksanakan, sampel kencing akan diminta untuk melakukan ujian ini. Jika keputusan nya negatif, biasanya ianya bukanlah kehamilan luar rahim.

Pemeriksaan ultrasound – alat ultrasound akan dimasukkan secara perlahan ke dalam alat kelamin/ vagina ( transvaginal scan ) kerana pemeriksaan jenis ini lebih tepat berbanding dengan scan yang dilakukan ke atas abdomen (transabdominal scan). Maka anda akan diberikan cadangan untuk melalui pemeriksaan transvaginal ultrasound untuk mengenalpasti lokasi sebenar kehamilan anda. Walaupun begitu, ianya bukan mudah untuk mengenalpasti kedudukan kehamilan lebih-lebih lagi pada peringkat awal kehamilan, dan anda mungkin perlu mengulang pemeriksaan ini selepas beberapa hari.

Pemeriksan darah – untuk memeriksa paras hormon kehamilan ( beta- HCG). Lazimnya, pemeriksaan darah ini akan dijalankan setiap 48 jam. Jika hormon ini meningkat sebanyak 63% setiap 48jam ( doubling time ) maka kehamilan selalunya berada di dalam rahim. Sebaliknya , jika paras hormon in rendah dan tidak meningkat seperti sepatutnya atau kekal pada nilai yang sama, berkemungkinan besar anda mengalami kandungan luar rahim.

Laparoskopi – jika keadaan masih tidak pasti dan masih tidak dapat mengenalpasti lokasi kehamilan, sejenis pembedahan akan dilakukan, anda akan diberikan bius penuh. Beberapa lubang kecil akan dilakukan pada abdomen supaya kamera dan peralatan lain boleh dimasukkan. Jika kandungan luar lahim sudah dikenalpasti, rawatan membuang tiub yang mengandungi kandungan luar rahim akan dilakukan dengan kebenaran anda, sebelum pembedahan ini dilakukan, melainkan dalam keadaan kecemasan yang boleh meragut nyawa.


KEHAMILAN BERIKUTNYA?

Peluang untuk hamil seterusnya bukanlah satu masalah buat anda, 
walaupun anda mempunyai satu tiub Fallopian tiub sahaja.
Untuk kebanyakkan wanita, kehamilan luar rahim ini terjadi sekali sahaja. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya peluang anda mendapat sekali lagi kehamilan luar rahim meningkat 7-10% jika dibandingkan 
nisbah 1 dalam 90 dalam populasi amnya.
Anda seharusnya berjumpa doktor awal bila mengetahui 
anda sebenarnya hamil. 
Pemeriksan ultrasound akan dilakukan awal 
dalam 6 hingga 8 minggu kehamilan untuk memastikan 
kandungan anda kali ini berada dalam rahim.

Jika anda belum lagi bersedia untuk hamil,
 boleh dapatkan khidmat nasihat perancangan keluarga 
dari klinik perancangan keluarga ataupun doktor sendiri 
kerana ada jenis-jenis perancangan keluarga 
yang lebih sesuai selepas mengalami kehamilan luar rahim.

Cash Giveaway by FarhanaJafri

Assalamualaikum.

Apa khabar semuanya?
Harap harap sihat lah ya !
Pepagi ni Cikyan nak wujudkan positive vibes sikit.
Nak join satu Giveaway by Farhanna Jaffri.
Sesambil kita menyokong blogger kita,
boleh la kita buat entry..Ye dokkk?

Lately ada masa macam nak buat bebanyak entry,
ada masa nak up satu entry pon tak lepas. HAHA !


Syarat pun mudah.
Jom pepakat join ya?
Boleh klik link bawah ni kalau nak join.

Selamat bersegmen uolllss !

Monday 5 March 2018

Skizofrenia


APAKAH SKIZOFRENIA

Skizofrenia adalah salah satu penyakit otak dan mental yang serius. Perkataan skizofrenia atau schizophrenia hanya kerap digunakan oleh para doktor. Perkataan ini agak asing bagi orang ramai kerana ia jarang digunakan. Orang ramai biasanya menggunakan perkataan seperti “orang gila” , “orang sakit mental” atau "psycho" terhadap pesakit skizofrenia. Namun penggunaan perkataan “gila” dan “sakit” ini adalah kadang-kadang disalah- ertikan kerana penyakit mental sebenarnya ada bermacam jenis dan tidak semuanya adalah skizofrenia.


SIMPTOM SKIZOFRENIA

Tanda-tanda atau simptom penyakit skizofrenia adalah banyak dan kompleks. Tanda-tanda penyakit ini boleh dibahagikan kepada beberapa tanda penting :

TANDA TANDA POSITIF

PSIKOSIS
Psikosis adalah simptom penting skizofrenia. Pesakit yang mendapat psikosis boleh mengalami delusi (delusion) atau halusinasi (hallucination).



DELUSI
 kepercayaan karut yang dipercayai dengan sangat kukuh oleh pesakit walaupun di pertikaikan atau diragui oleh orang lain. Kepercayaan karut ini tidak sejajar dengan budaya, agama, masyarakat , keadaan sosial sekeliling dan ilmu pengetahuan yang ada pada pesakit.


Terdapat banyak jenis delusi. Contohnya:

Delusi paranoid (paranoid or persecutory delusion)
Mempercayai bahawa terdapat orang lain, kumpulan atau organisasi yang cuba untuk menganiaya , mencederakan, mendatangkan kemudaratan atau membunuh pesakit tersebut.
Contohnya : percaya bahawa orang gaji telah memasukkan racun ke dalam makanan atau percaya bahawa majikan dan orang atas memasang perangkap untuk menjatuhkan maruah pesakit dan mengancam kedudukan jawatan pesakit .

Delusi kawalan ( delusion of control)
 Mempercayai bahawa perbuatan , kemahuan dan perasaan menjadi pasif dan hanya dikawal oleh kuasa dari luar tanpa kehendak diri sendiri.
Contohnya : tangan pesakit menumbuk seseorang kerana di paksa oleh kuasa lain tanpa kawalan dan kehendak dirinya sendiri, merasai makhluk telah masuk ke dalam badan dan memaksa membunuh anak.




Delusi pelik (bizarre delusion)
 Mempercayai dengan kukuh sesuatu yang pelik.
Contohnya: percaya bahawa malaikat telah datang menyerang bumi dan syaitan akan datang menyerang pula bumi setelah kematian jin.




Delusi grandiose (grandiose delusion)
Mempercayai bahawa dirinya mempunyai kelebihan tersendiri yang melampaui orang lain di dunia ini.
Contohnya : percaya bahawa dirinya adalah nabi yang turun untuk menyelamatkan dunia ini, percaya bahawa dirinya boleh berkomunikasi dengan tuhan, percaya bahawa dirinya boleh mencipta kenderaan untuk sampai ke bulan dengan sekelip mata, percaya bahawa dirinya raja memerintah dan banyak lagi.


Delusi nihilistik (nihilistic delusion)
Mempercayai bahawa diri sendiri atau sebahagian daripada tubuh badan sudah tidak wujud lagi atau mempercayai bahawa dunia sudah tidak wujud lagi.
Contohnya percaya bahawa darah tidak mengalir lagi dalam tubuhnya.




Delusi merujuk (delusion of reference)
Mempercayai bahawa orang lain di sekeliling bercakap mengenai dirinya.
Contonya : percaya bahawa jiran bersembang mengenai dirinya, percaya bahawa televisyen menyiarkan cerita mengenainya.




Terdapat banyak lagi contoh –contoh delusi dan perlu diingat, kepercayaan yang ada pada pesakit itu hanyalah kepercayaan karut yang tidak sebenarnya berlaku tetapi kepercayaan ini sangat kukuh dipercayai oleh pesakit walaupun beliau cuba di cabar.


HALUSINASI



berlaku apabila tiada stimulus dikesan oleh organ deria tetapi otak menginterpretasi sehinggakan stimulus dirasa seperti wujud oleh pesakit. Contohnya :

Halusinasi pendengaran (auditory hallucination)
pesakit mendengar suara-suara atau bunyi walaupun orang lain tidak dapat mendengar.

Second person auditory hallucination
 berlaku apabila pesakit mendengar suara ghaib yang bercakap dengan mereka dan biasanya menyuruh pesakit melkukan sesuatu. Contohnya; pesakit dengar “ awak bunuh sahaja budak itu kerana ia dajal’, “awak bodoh”.

Third person auditory hallucination
berlaku apabila pesakit mendengar banyak suara yang bersembang di antara mereka mengenai pesakit.
Contohnya : pesakit dengar jin bercakap dengan hantu “ dia itu (pesakit) memang tidak berguna langsung”.

Running commentary
 berlaku apabila pesakit mendengar suara yang terus mengkritik setiap perbuatannya
contohnya: “ dia sedang makan , dia bangun dari  kerusi , terus lari”



Thought echo
 berlaku apabila pesakit mendengar otaknya sendiri bercakap dengan kuat apabila berfikir.




Halusinasi penglihatan ( visual hallucination )
 berlaku apabila pesakit dapat melihat sesuatu dengan jelas tanpa dapat dilihat oleh orang lain, contohnya : pesakit dapat melihat malaikat datang menghampiri mereka.
 Ini perlu dibezakan dengan illusi di mana stimulus telah dikesan oleh pesakit tetapi diinterpretasi secara salah oleh otak, contohnya; pesakit melihat ular berlingkar tetapi sebenarnya adalah ikatan tali.



halusinasi somatik atau halusinasi taktil
di mana pesakit merasa seperti terdapat sesuatu bergerak atau merasa kesakitan pada badan.




 halusinasi bau
di mana pesakit dapat menghidu sesuatu tanpa orang lain 
dapat menghidunya dan halusinasi rasa.




DISORGANISED SPEECH

Kebanyakan pesakit skizofrenia boleh bertutur secara normal dan menjawab soalan dengan baik. Mereka juga boleh menjawab soalan tetapi jawapan yang diberi tidak berkaitan (irrelevant) dengan soalan walaupun bahasa yang disampaikan difahami.


Mereka juga boleh menjawab soalan tetapi tidak sepatah pun bahasa yang difahami (incoherent). Di bawah diberi contoh perbualan pesakit dengan doctor untuk menggambarkan psikopatologi yang dinyatakan:

irrelevant speech
Doktor: Siapa yang beri kamu duit?
Pesakit: Ke mana-mana saya nak pergi tidak siapa peduli saya. 

incoherent speech
Doktor: Siapa beri kamu duit?
Pesakit: Bambu telinga kejar apa lagi 

Pesakit juga boleh dilihat oleh orang lain bercakap seorang diri kerana mereka respons terhadap halusinasi suara ghaib yang didengar.

mute
Terdapat juga sesetengah pesakit yang tidak langsung mahu bercakap sepatah jawapan pun 

poverty of speech
atau bercakap sepatah dua sahaja 

pressure of speech
banyak bercakap 

echo lalia
Ada pesakit yang mengikut sahaja 
apa-apa sahaja yang ditanya kepada mereka



 Sesetengah pesakit menjawab soalan dengan baik 
dan terdapat juga yang menjerit-jerit 
dan meninggikan suara semasa menjawab soalan.

DISORGANIZED MOVEMENT

Di antara tingkahlaku pelik yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia adalah:

Mannerism
Perbuatan pelik yang dilakukan oleh pesakit
 seolah-olah mempunyai satu tujuan.
Contohnya : menepuk-nepuk tangan, bersalaman secara tiba-tiba

Streotype
Perbuatan pelik berulangan yang dilakukan oleh pesakit tanpa tujuan
Contohnya : menggoyang-goyangkan tangan tanpa tujuan , 
melambai - lambai dll.

CATATONIC

Catatonic rigidity
mengeraskan badan dengan sengaja dan tidak membenarkan orang lain menggerakkan badan.

 catatonic stupor
pergerakan badan yang terlalu perlahan seolah-olah tidak berinteraksi dengan rangsangan luar.

 catatonic posture
postur badan yang pelik dan pesakit dapat bertahan dengan lama dalam postur tersebut.

 waxy flexibilty
postur badan pesakit yang dapat dibentuk oleh orang lain dan pesakit bertahan dengan postur itu dalam jangkamasa yang lama.

Psychomotor Agitation
 terlalu banyak pergerakan kerana keresahan jiwa dan pergerakan tidak produktif tanpa tujuan.

Echopraxia
mengikut perbuatan orang lain

SIMPTOM NEGATIF

Mereka yang mempunyai tanda ini bersikap malas,tidak mahu bercakap, tiada motivasi, tidak mahu bergerak atau membuat kerja dan seolah-olah tidak mempunyai perasaan :

Alogia and poverty of speech
bercakap dengan sedikit , pertuturan tidak mempunyai isi dan perkara penting , dan mengambil masa yang lama menyambung perkataan dan ayat yang dipertuturkan seolah-olah pertuturan terhalang.




Flattening or blunting of affect
 Terlalu kurang ekspressi muka. Mereka tidak senyum ketika gembira atau mengerutkan dahi ketika sedih. Mereka tiada hubungan emosi dengan orang yang bercakap dengannya, seolah-olah anda bercakap dengan robot.



Avolition and anhedonia
Hilang minat dan tenaga untuk melakukan perkara yang biasa mereka lakukan.



GANGGUAN EMOSI

Pesakit skizofrenia juga boleh mendapat kemurungan  dan episod mania ( bipolar disorder),
Maka sejarah penyakit perlulah tepat untuk mendapat diagnosis yang tepat kerana rawatan yang tepat perlu diberikan.
Emosi pesakit skizofrenia juga boleh bercelaru dan tidak sejajar dengan apa yang mereka fikirkan
 ( the affect is not congruent to the thought) .
 Contohnya : Fikiran pesakit penuh dengan kesedihan tetapi beliau menyanyi kegembiraan.
Kadar bunuh diri pesakit skizofrenia adalah tinggi (10%).
Ia boleh berlaku kerana mereka mempunyai kemurungan melampau dan psikosis yang menyuruh mereka membunuh diri.

GANGGUAN KOGNITIF

Pesakit skizofrenia boleh mendapat gangguan kognitif yang menyebabkan mereka mempunyai IQ yang lebih rendah. Mereka tidak dapat membuat keputusan dengan baik, kurang penumpuan danmemori yang kurang baik

GANGGUAN LAIN

Pesakit skizofrenia dikaitkan juga dengan tingkah laku agresif. Tetapi perlu diingat pesakit skizofrenia bukanlah lebih merbahaya daripada orang normal. Kadar jenayah keganasan dilakukan oleh mereka yang mengidap ketagihan alkoho atau dadah, masalah personaliti dan mereka yang tidak mempunyai sakit mental berbanding kadar jenayah yang dilakukan oleh pesakit skizofrenia.






Nanti bebila Cikyan sambung part lain pulak tau !

Sesiapa yang nak tengok gambaran jelas pasal penyakit ni,
boleh tengok movie A BEAUTIFUL MIND.
Cerita ni best !