Sunday 11 February 2018

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)

Assalamualaikum.

Selamat pagi.
Apa khabar semuanya?
Agak agak apa agaknya tajuk 
yang Cikyan nak share harini?
Tengok gambar atas tu ya.
pernah ke terserempak dengan orang yang macam ni?
Ini adalah sejenis penyakit yang dipanggil SLE.
Kenapa ya Cikyan nak share pasal ni.
Sebab actually macam banyak pula kes pasal SLE ni.
Oh ya, ada juga salah seorang blogger kita yang didiagnos SLE NI.
boleh check sini ya DAYANG DENO
Boleh baca kisah dia sebagai SLE fighter.
Boleh dijadikan sumber kekuatan juga tengok semangat dia tu.

APA ITU SLE



Systemic Lupus Erythematosus (SLE) 
adalah penyakit kronik auto-imun 
iaitu satu keadaan dimana
badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyak. 
Protin darah yang dipanggil antibodi ini 
dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. 
Punca penyakit SLE tidak diketahui.

SEJARAH SLE

Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. 
Erythematosus bererti ruam merah. 
Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. 
Beliau telah menamakan ruam berkenaan 
Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti 
bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit
 yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut 
melibatkan organ dan sistem lain. 
Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

JENIS JENIS SLE
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
-melibatkan kulit
-Jarang merebak ke organ lain

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
-Boleh merebak ke organ lain
-Boleh mengakibatkan kematian
STATISTIK
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada 
di dalam lingkungan umur 
boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang


Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang
telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada 
ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

SIMPTOM SLE

Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
Sawan, strok dan gangguan mental
Risiko untuk mendapat darah beku
Kerap keguguran bayi
Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah


ORGAN YANG AKAN TERJEJAS OLEH SLE




Buah pinggang
Keradangan buah pinggang (nephritis) mengurangkan 
keupayaan membuang bahan sisa toksin dalam air kencing. 
Pesakit yang mengalami gangguan buah pinggang 
biasanya tidak merasa sakit. 
Mereka mungkin hanya mengalami bengkak kaki. Ujian air kencing 
dan ujian darah boleh menunjukkan 
samada buah pinggang terjejas atau tidak. 
Untuk mengelak dari kerosakkan yang berlanjutan kepada 
buah pinggang
 rawatan ubat-ubatan yang intensif perlu diberi segera 
untuk mengekalkan fungsi buah pinggang.

Paru-paru
Sebilangan pesakit SLE mendapat pleuritis, iaitu keradangan 
lapisan paru-paru 
yang menyebabkan sakit dada atau sakit dada yang 
terasa semasa menarik nafas. 
Pesakit juga boleh mendapat kuman dalam paru-paru (pneumonia).

Sistem saraf
SLE boleh menjejaskan otak atau saraf. 
Pesakit akan mengadu sakit kepala, pening, cepat lupa, 
kabur penglihatan, 
sawan, strok, atau perubahan kelakuan.

Saluran darah
Keradangan saluran darah (vaskulitis) boleh 
melibatkan terganggunya pengaliran darah ke seluruh tubuh. 
Vaskulitis yang sederhana mungkin tidak memerlukan rawatan,
 tetapi sebaliknya vaskulitis yang teruk memerlukan rawatan segera.
Darah
Pesakit SLE mungkin mendapat kekurangan darah, 
kekurangan bilangan sel darah putih atau kekurangan bilangan platelet. 
Fungsi platelet dalam darah ialah membantu pembekuan. 
Sebilangan kecil pesakit SLE juga akan berisiko tinggi mengalami
 masalah perdarahan di mana darah cepat membeku.

Jantung
Pesakit SLE boleh mengalami sakit jantung iaitu 
keradangan pada tiga lapisan jantung: “perikaditis”, 
keradangan lapisan luar; “myokarditis”, keradangan bahagian tengah;
 dan “endokarditis”,
 keradangan bahagian dalam. Pesakit akan merasa sakit dada 
atau juga gejala lain. 
Pesakit SLE juga berisiko tinggi mendapat “arteriosclerosis” 
(pembuluh darah yang keras).

*Nanti bebila Cikyan continue dengan rawatan dan lain lain ya.

Setakat ni cukup la pengenalan dulu kot ya?
Semoga sis Dayang Deno kuat seperti selalu
dan semoga cepat sembuh ya !

*Jom semua, kita doakan semoga Dayang Deno

dan semua yang menghidap penyakit ni,
semoga cepat sembuh.

*Oh ya, dengar kata, anak buah Cikyan pun,

suspek penyakit ni jugak.
Semoga mudah la urusan dia ya.
Risau jugak.

*Cikyan bukan nak publisiti murahan,

dengan share pasal penyakit, pastu kaitkan dengan blogger pula.
NO NO NO.
takda istilah tu dalam kamus hidup Cikyan.
Just nak share sesuatu yang mungkin ramai yang tak tahu.
Tak salah kan?


5 comments:

  1. lupus ni kalau tak silap selena gomez kena kan? Yang dia buat kidney transplant dengan bff dia tu

    ReplyDelete
  2. 3 thn lps sy kehilangan sahabat blogger - antara blogger plg rapat. sehari sblm raya dia WA sy. rupanya tu adalah WA terakhir dia. dia meninggal pg raya kedua krn SLE yg dihidapinya sejak 30 thn lps...

    ReplyDelete
  3. Serius penyakit SLE ni berjangkit? Wah..baru tau. ingatkan problem dalam antibodi badan je. Scary..

    ReplyDelete