Thursday 8 February 2018

Review Blog #2 Kak Sha

Assalamualaikum.

Apa khabar semuanya?
Harap semuanya sihat sihat sahaja.
Tau ka Cikyan rindu kat ampa semua.
Semalam Cikyan cuti, tak kerja.
Sebab nak settle hal anak buah.
Lagipon minggu ni dah sibuk sikit uruskan hal kerja.
So jarang jarang ja dapat menulis.

Seperti Cikyan pernah bagitahu,
Cikyan akan review blog dan blogger sekali.
Kali nih, blogger pilihan Cikyan adalah KAK SHA
Jom kita usha header dia dulu jom !


 Hmm serba pink !
Gojes kau. Nampak sangat sis ni dah lama dalam bidang ni.
Tengok blog pon dah tahu kans. 
Blog dia tersusun ja, nampak la pro disitu

Personally Cikyan takde la kata kenal sangat dengan blogger ni.
Cumanya dulu Cikyan pernah dapat something dari blogger Sha
Masa tu sempat la berbalas emel semua.
So Cikyan dapat rasa yang blogger sorang ni seorang yang sangat peramah.
Takdak pon nak sombong sombong kans.
Thanks kakak yang baik hati !
First kenal pun dah baik kan, 
kalau dah lama kenal tak tahu la macam mana kans.


Haaa nampak tak atas tu, 
seperti dalam blog dia jugak la,
sis ni rajin sangat sangat la mereview novel dan filem.
Sampai sis ni pernah dapat hadiah dari penulis tau..
Syoknya oiiii !
Serius apa yang Cikyan boleh katakan,
sis ni memang sangat rajin membaca.
Kalah Cikyan wuii..
Tabik la sis...
Kalau Cikyan satu novel boleh habis sehari (dulu)
tapi kalau sekarang ni,
seminggu pun belum tentu.
Takda masa dan kadang kadang rasa sangat penat.
Kalau sis ni, dalam seminggu tu ada la 3-4 buah buku kot.
Hebakkkk !

Tu memang Cikyan paling suka laa,
selalu ja melawat blog dia.
Sebabnya boleh baca review,
tahu jalan cerita pastu boleh beli... Yeayyy !
Kadang Cikyan terasa nak jadi macam Kak Sha,
Review banyak banyak buku.
Tapi apakan daya,
nak membaca pun ambil masa dah sekarang nih.
Cikyan ni hantu buku macam Kak Sha jugak.
Tapi sekarang ni terpaksa la terkubur dulu sekejap 
hobi yang suci murni tu.

Lagi satu sis ni suka bercerita pasal family,
si anak yang comel comel tu.
Seronok ya kalau ada anak anak macam tu.
Sebenarnya Cikyan suka baca kalau blogger share pasal family.
Sebab sedikit sebanyak Cikyan boleh tahu pasal mereka.
Dengan cara tu Cikyan boleh mengenali mereka.
Kalau korang nak Cikyan datang blog korang,
banyak banyak share pasal family ya.
Sama macam akak ni..
Nanti Cikyan datang melawat.
 Hiiiiiiiiiii.....

POST CIKYAN SUKA

Pstt semua post Cikyan suka..
Tapi yang best sekali adalah 
semua review pasal buku.
Ohh ya, korang...
Lupa nak beritahu..
Sis ni ada buat khidmat review tau.
Kalau nak review ka, atau nak contact dia ka,
boleh la check dekat gambar atas tuh.
Kat situ dia ada bagi emel pasal review tu semua.
Atau boleh jugak wassap dia personally.

* Buat Kak Sha, thanks tau sebab layan Cikyan dengan baik.
Sekarang ni Cikyan nak bagitahu satu dunia,
Kak Sha layan Cikyan dengan baik sangat.
Thanks tau sudi jenguk blog Cikyan
 dan join segala macam yang pernah cikyan anjurkan.
I really appreciate it.
Teringin nak beri Kak Sha hadiah sebagai tanda penghargaan,
tunggu ya,
Nanti ada masa dan ada kesempatan,
Cikyan poskan hadiah untuk Kak Sha yang baik hati ni.
Tunggu tau, inshaallah.


#Orangberbudikitaberbahasa
#CikyansayangkakSha






10 comments:

  1. good review cik yan : atie follow jgk blog ni.. best baca..

    ReplyDelete
  2. kembang kuncup.. kembang kuncup hati akak baca review cikyan ini.. Terima kasih ye cikyan.. Terharu tau.. Muach sikit.. #kakshasayangcikyan #semogaukhwahberkekalan #sahabatmayayangohsem

    ReplyDelete
    Replies
    1. kembang kuncup kembang kuncup ok tu, sha.
      jgn kembang tak kuncup-kuncup :) hi hi hi...

      Delete
  3. Hana pun teringin sangat nak jadi hantu buku macam kak Sha! heheh lepas baca boleh review ^^

    ReplyDelete
  4. sebab review kaksha la rasa semangat nak baca balik tapi sama la kita cikyan oiii mana sempat sebab busy dengan kerja hahaha

    ReplyDelete
  5. Sha rajin baca buku Dan review. Mama tumpang baca buku je lah. Nak baca buku memanjang x sempat

    ReplyDelete
  6. Tahun ni kami belum sempat habiskan satu buku pun..tp gigih jugak pi library pinjam buku

    ReplyDelete
  7. nanti boleh singgah blog kak sha :D

    ReplyDelete
  8. sha adalah satu blogger yg dah lama aida follow.
    sebab aida ni pun lama dah blogging.
    nice reading her blog.
    sha pustakawan. buku adalah bff sha :)

    ReplyDelete