Wednesday 31 January 2018

SEGMEN BLOGWALKING BY ZATI

Assalamualaikum.

Penat discover Eperolehan,
Cikyan masuk balik blog.
Wakakaka..
Eh IKA yang cantik ni tag Cikyan la dalam entry INI
Okey tanda sokongan, Cikyan joinkan diri
walaupun sibuk sikit lately.


Boleh klik SINI kalau nak join !

Tag dua orang rakan ya... Hmmm..
Cikyan tag
.
.
.
.
.
.
.
v



Selamat bersegmen tau tau tau !

SEGMEN JARI JEMARI MENARI BLOGLIST

Assalamualaikum.

Selamat Pagi semuanya.
Cikyan datang lagi..
Yahuuu yabeda bedu..

Firstly nak mintak maaf la ye
sebabnya rabu lepas tak dapat nak blogwalking sangat laa
sebabnya kekangan masa..
Pheww kekangan masa, sastera betul ayat.

Bukan pa, rabu lepas tu,
cikyan kena discover la Eperolehan tu.
Buat la sampai jadi.
Klik situ klik sini.
Baca situ baca sini.
Adeeeh penyudahnya,
Cikyan pening la sorang sorang.

Okey okey.
Stop membebel.
Kalinih Cikyan nak join satu segmen 
anjuran blogger IKASHOID
Disebabkan blogger ni pon selalu ja sokong Cikyan,
selalu ja join segmen atau giveaway cikyan,
So la ni Cikyan sokong balik la nah..

Mari mari semua.
Mari pakat sokong ika.
Ika ni memang baik hati, dia pon selalu balas kunjugan Cikyan
So sementara dia tengah nak buat bloglist ni, baik hampa join nahh !
Nanti dapat masuk bloglist,
sapa takmau kan kan kan ☺☺☺

Kalau nak join, klik SINI tau !



Ika suruh komen untuk penambahbaikan.
1. Banyakkan lagi book review. Sebab Cikyan sukaaaaaa !
2. Mungkin boleh tukar warna blog kepada yang lebih ceria kot. Just idea ja tau. 
Sebab Cikyan suka warna yang terang sikit. 
Tapi mungkin ika ni jenis suka warna ala ala pastel gitu la kot noh.. 
3. Cikyan rasa penulisan ika bagus sangat dah, tak payah la tukar.
Sebab Cikyan suka baca yang santai santai camtuh.
baru kena dengan jiwa cikyan yang muda remaja ni ( muda la sangat kan !)

Okey tu jela kot idea penambahbaikan.
Sorry tau kalau ika tak berkenan.
Cikyan komen secukup rasa ja.
sebab ta tau jugak nak komen apa sebenarnya.
Bila tengok followers ika,
rasanya TERPAKSA la cikyan meneguk liur berkali kali.
Omaigad banyaknya !
Kalau nak banding dengan followers Cikyan,
macam la langit dengan bumi.
Jauh la beza. Hiiiii~

*Ika ooo ika, cikyan ada soalan nih. Ika edit banner tu guna aplikasi apa?
Kadang jeles tengok orang buat banner cantik cantik.
Cikyan buat pakai paint ja pon. Wakaka lawaknya !
Tu la seketui Cikyan, tak pandai nak berinovasi.
Buat apa ada sajalah, asal ada orang kata ☺☺☺

Monday 29 January 2018

GWS EPEROLEHAN!

Assalamualaikum.

Muka mesti ada senyum bila baca entry Cikyan okey.
Salam kesabaran dan kebahagiaan.
Salam satu Malaysia !

Ni nak cerita,
tadi Cikyan tengah discover nak masuk katalog,
sebab baru nak belajar kan
buat tu, buat ni...
klik situ klik sini..
tetiba tuppp..
website depa jadi macam nih.
Kau rasa?


Sabar la sabar.

Untuk pengetahuan korang,
Eperolehan ni adalah satu website yang perlu digunakan 
untuk urusan jual beli syarikat yang Cikyan kerja nih.
Dulu mudah ja,
tapi sekarang ni depa dah update.
Katanya untuk mudahkan kerja pihak kerajaan,
sebab semua kena pakai online dah sekarang nih.
So memang la kena istiqfar banyak banyak
depan komputer ni.
Lagi lambat recover, lagi lambat la boleh proses,
dan lagi lambat la nak masuk order.
Lepas tu lagi cepat la Cikyan kena bungkus balik kampung.

get well soon EPerolehan !
Please be nice to me !
I need u very very much !



GIVEAWAY #MENGINTAIAKUDINERAKA

Hai hai hai

Ini masanya untuk sokong blogger kita ya !
Giveaway ni anjuran blogger Shawal.
Hadiah dia tu, sungguh tak tahan.
Cikyan sejenis yang tak boleh tengok buku.
Lagi lagi buku yang cikyan suka. HAHA !
Actually cikyan dah ada dua buku hadi fayyadh,
buku dia memang sangat sangat best.
Confirm puas hati bila baca.
So kalau boleh nak la yang nih pulak.
NAK NAK NAK !

Kalau nak join boleh klik SINI


Semoga ada la rezeki Cikyan. Hiiiii~


SOLAT SUNAT GERHANA

Assalamualaikum

Baru sebentar tadi cikyan share
 info pasal gerhana 
pasal malam esok kan.

Entry kali ni cikyan nak share 
pasal cara cara solat gerhana pulak.
Hukumnya sunat muakkad.
Sunat yang sangat dianjurkan.
Boleh baca ya kat sini,
moga bermanfaat !



Kat bawah ni ada tatacara solat gerhana
Boleh klik gambar kalau tak jelas ya?







Bagi sesiapa yang berkelapangan, boleh la buat ya.
Kita tak tahu apa yang Allah aturkan untuk kita.
Manatau ia sebagai petanda.
Wallahualam,
semuanya dalam pengetahuan yang maha Esa.


Nauzubillahminzalik !




SUPER BLUE BLOODMOON

Assalamualaikum.

First buka blog, 
mata Cikyan tertumpu pada satu entry 
kat sorang blogger nih.
Pada 31 Januari 2018, ada satu gerhana bulan.
So malam esok la kan ?
Ada tiga fenomena katanya. 
 Ianya jarang berlaku.
Gabungan fenomena lunar kali terakhir berlaku
pada 152 tahun dahulu.

Tiga fenomena pulak tu, bukannya satu
Hebatnya DIA yang menciptakan.
SUPER BLUE BLOODMOON.
Gabungan supermoon + bluemoon + bloodmoon.



Supermoon terjadi bila bulan adalah penuh 
dan berada dekat dengan bumi, 
membuatkan bulan tu kelihatan lebih besar daripada yang biasa



bluemoon terjadi apabila fasa bulan penuh 
akan kelihatan pada tarikh yang sama. 
Kejadian bulan penuh itu adalah bulan penuh 
yang kedua pada bulan Januari 2018.



Bloodmoon terjadi dan bulan akan kelihatan kemerah-merahan 
selepas cahaya dari matahari akan ditapis daripada memasuki atmosfera bumi.

Tempat best nak tengok ialah di kawasan pantai yang menghadap 
laut di sebelah timur, boleh jugak dekat kawasan puncak bukit, 
dataran tinggi, dekat atas bangunan tinggi ke atau  
di mana sahaja dengan pemandangan yang 
tidak terhalang dari langit sebelah timur.

Antara contoh tempat yang boleh 
nak tengok fenomena ni ialah di Teluk Kemang,Port Dickson,
 Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor, 
Tanjug Bidara, Melaka, Pantai Tok Jembal, Terengganu,
Tun Mustapha Tower, Kota Kinabalu,Sabah 
dan juga Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan.

Haaa kalau nak tengok kat planetarium pun boleh,
sebab kat sana ada taklimat pasal gerhana ni la..


Boleh klik SINI kalau nak baca info lebih lanjut. 

Agak agak kan, kalau biru campur merah,
bulan tu jadi warna purple ke eh?
Fuhhh hebatnya, lawanya, cantiknya.
Ehehh mana datang biru taktau.
Apapun, tetap menakjubkan bukan ?
Subhanallah.
Segala pujian kembali padaNYA.

Hebatnya Tuhan yang menciptakan  !

KOMIK OBATA YUUKI

Assalamualaikum.

Selamat petang uolss !
Sebelum balik kerja, cikyan nak share something sikit.
Kalinih Cikyan nak share
antara koleksi Gempak starz yang cikyan pernah baca.
Penulisnya Obata Yuuki.
Dulu Cikyan series tak pandai nak baca komik,
tapi pas baca komik ni,
jadi jatuh cinta pulak. HAHA





Violet Kinoshita merupakan seorang gadis yang tidak menyukai namanya sendiri. Pada suatu hari, dia bertemu seorang lelaki bernama Daichi Makimura di perpustakaan dan tertarik dengan cara remaja ini memutarkan pensel dengan jarinya. Sejak itu, Violet tidak dapat melarikan diri daripada terus mengingati Daichi, seorang pemain hoki ais yang telah lama menyimpan perasaan terhadap gadis bernama Shinobu Shioji, yang juga merupakan kawan karibnya sejak kecil. Mampukah Violet meluahkan perasaan hati pada akhirnya? 




Nak review pun dah tak berapa ingat jalan cerita.
Tapi mampu la jalan ceritanya buat Cikyan tersengih sengih
seperti kerang busuk.

Cikyan dulu tak suka sebab macam pening je nak tengok 
susunan gambar dalam komik nih.
Tapi bila dah lama, jadi biasa dah.
Lagipun bacaan dia jenis ringan je.
Ayat pun simple je semuanya.
Tu suka tuu.. Hiiiiii ~


Good job Obata Yuuki !

Sunday 28 January 2018

PENCARIAN BLOGLIST BY AQILAH SHAHIRAH

Assalamualaikum.

Selamat pagi.
Apa khabar semuanya?
Harini Cikyan nak join satu segmen ni.
Jom la korang join dan support blogger kita.
Jom la jom..

 Kalau nak join boleh klik SINI

Thursday 25 January 2018

04 FEBRUARI GIVEAWAY DITUTUP !

Assalamualaikum.

Just entry pendek untuk kali ni.
Cikyan just nak umumkan 
Giveaway #1 New Year 2018 By Cikyan 
akan berakhir pada  04 FEBRUARI 2018.
Dan pada 05 FEBRUARI 2018,
Cikyan akan umumkan nama pemenang !

Kepada sesiapa yang belum join boleh klik SINI !
Boleh tengok senarai peserta kat SINI 
Cepat cepat join tau tau tau !
Thanks pada semua yang dah join.
Thanks sebab sudi support Cikyan.
Harap lepas habis giveaway pun, 
korang still datang lawat blog Cikyan tau tau tau.



Jumpa di lain entry ~


INSAN BERNAMA KEKASIH

Assalamualaikum.

Pagi ni mood jiwang sikit.
So Cikyan nak belanja lagu favourite Cikyan.
Sudi sudi la dengar ya !


INSAN BERNAMA KEKASIH (UNIC)

Debar hatiku membisik rindu Ingin aku katakan kau gadis idaman Adakah mungkin kau kumiliki Untuk aku jadikan insan bernama kekasih. Keayuan yang tergambar lukisan nur iman Bersulamkan keindahan santun perkataan Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan Mengusir segala resah di jiwa Kusampaikan salam ucapan mesra Dan merisik khabar berita Masihkah ada peluang Untuk ku melafazkan cinta Umpama rembulan jatuh ke riba Mendengar khabaran darinya Padaku kau memendam rasa Pada Mu oh Tuhan Ku memohon keredhaan Nur kasih yang ku damba Kekal hingga ke syurga Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya Moga dipeliharakan tulus cinta kita Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya Dengan lafaz pernikahan yang mulia. Datanglah kasihmu dalam diriku Menghiasi ruang hatiku Akan kusambutnya dengan Sujud penuh kesyukuran kuharap jalinan kan berpanjangan selagi kasih yang terbina kerana cinta kepadanya kau ku sayangi teman sejati dikaulah sesungguhnya insan bernama kekasih...

Wednesday 24 January 2018

YA ALLAH, BESARNYA DIA !

Assalamualaikum.

Cikyan nak share satu video 
yang memang cikyan teruja nak tengok
berkali kali.
Just nak buat entry pendek.
Sebab nak tunjuk video ni je.
Jemput tengok okey?
Sebab semua wajib tengok !


Betapa besarnya DIA berbanding kita yang kerdil ini?
Allahhu Rabbi.. insaf tengok video nih..
Betapa kita nih tak berkuasa sedikit pun,
Betapa kita ni kerdil sangat berbanding DIA
yang mencipta segalanya.
Dan paling penting,
kita tak berhak sikit pun 
untuk sombong dengan DIA.


#muhasabahdiri
#renungrenungkan

GIVEAWAY AZAM BARU 2018 BY ELIHJAPAHAR.COM

Assalamualaikum.

Okey masa untuk bergiveaway lagi.
Jom support jom support !
Kalinih giveaway by sorang brother ni.
Serius tak kenal. 
Saja jela cuba try test kot mengena kali nih.


Ni link bro tu : www.elihjapahar.com

Semua syarat dah ikut, ya cuma satu..
azam tahun baru Cikyan ya.. hmm..
Cikyan beritahu la nah..
Azam sebenarnya banyak..
Tapi yang paling utama tu ada laa..
Jom check kat bawah apa azam seketui Cikyan nih..

1. Nak jadi yang lebih baik dari sebelumnya
- Disebabkan cikyan ni takdak la baik mana, 
so tahun ni, sempena sudah berumur 28 tahun,
Cikyan sudah menggantungkan azam nun setinggi langit
Semoga tahun ni memberi perubahan besar kepada diri Cikyan.
Makna kata dari segi pergaulan, akhlak, pakaian, 
pengetahuan dan sebagainya.

2. Cikyan nak jadi blogger berjaya
- Dulu sebenarnya dah ada blog.
Disebabkan laptop rosak, terus kelaut semuanya.
So tahun ni, Cikyan berazam nak aktif balik.
Memandangkan dengan blog ni kita boleh buat macam macam,
 so Cikyan pon nak amik la peluang keemasan nih.
Buat duit ka, kumpul pahala banyak..
Pastu boleh kaut ilmu banyak banyak..

3. Nak ada simpanan tetap
- Yang ni benda paling susah cikyan nak buat dari dulu.
Camna nak mnyimpan, nampak benda cantik sikit nak beli.
Nampak buku jap confirm gatai tangan. HAHA
So tahun ini, semoga dapat ubah la gaya hidup macam tu.

4. Nak kahwin ! Nak Kahwin !
- Please tolong doakan untuk Cikyan.
Sebenarnya dulu sebulan sebelum arwah mak cikyan meninggal,
mak ada kata, kalau boleh mak nak tengok cikyan kahwin.
Tapi apakan daya, takdak rezeki dia nak tengok Cikyan kawin.
Cikyan mintak doa dari semua pembaca nih.
Semoga doa salah seorang daripada korang termakbul.
Aaaaaminnnn ~

Okey, sekian sahaja secebis azam dari ribuan azam Cikyan.
Semoga azam Cikyan tercapai.
Dan azam korang semua pun tercapai jugak ya !

Dan dan dan...
Semoga kita semua berjaya jadi insan yang disayangi
dan dikasihi oleh ALLAH.


Semoga Allah redha ~

*Btw, macam hampir sama pulak gambar giveaway kita.
Cikyan pun ada buat giveaway.
Sudi sudi kan lah untuk join taw !
Boleh klik SINI


GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM'.

Assalamualaikum.

Ya ya ya ya ya !
Semestinya masa untuk menyokong blogger kita.
Gigih kan Cikyan? Sis ni anjurkan Giveaway.
Hadiah pun menarik yakmat..
Cikyan ni sejenis yang suka benda comels gittew.
Kat rumah pon ada la segugus keychain.
Sekarang ni dalam proses kumpul fridge manet pulak.


Ni link dia

Okey semua syarat dah ikut.
Semoga ada rezeki Cikyan kali nih.

Sekian~

SENARAI PESERTA SEGMEN BLOGWALKING BY CIKYAN

Assalamualaikum.

Selamat pagi semuanya.
Harini Cikyan nak update senarai peserta segmen 
yang cikyan anjurkan.
Kalau nak join boleh klik SINI

Terima kasih untuk semua peserta yang dah join.
Yang mana tak join, boleh join.
Masih ada masa lagi tau tau !

Okey kat bawah ni list peserta yang dah join.
So Cikyan dah edit mereka dalam "Favourite Cikyan"
kat sidebar tepi tu.
Yang mana nama Cikyan dah update,
Cer tengok ada tak nama korang dalam tu.
Kalau takdak, cepat cepat habaq kat Cikyan tau ☺☺☺☺

*List ni akan di update dari semasa ke semasa

Terima kasih sekali lagi 
sebab sudi join dan sudi support Cikyan.
Bagi nama yang dah join, tapi Cikyan tak update sini,
please let me know okey?
Kalau Cikyan tak follow korang balik pun, sila bagitau okey.
Bukan apa, kadang Cikyan tak jumpa
button follow korang. 
Puas belek tapi tak jumpa ☺☺☺

*Paling penting, jangan lupa masukkan blog Cikyan
dalam bloglist korang juga ya !